Nafas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

NAFAS

Turun naik
Panjang pendek
Sesekali terasa sesak
Barangkali kerana penyakit
Tidak mustahil kerana isu-isu semasa

Nafas
Pinjaman dariNYA
Untuk setiap yang bernyawa
Selagi bernyawa
Nafas ini ada sentiasa

Apa yang dihidu
Apa yang terhidu
Apa yang sengaja dihidu
Setiap turun naik nafas
Berharga
Sebenarnya sangat-sangat berharga

Bukan saja-saja DIA beri
Nafas ini nanti bangkit
Menjadi saksi
Dulu aku begitu begini

Hangat hembusannya
Memberi bermacam makna
Mentafsir segenap apa yang dibendung
Dalam jiwa

Kencang degupan jantungmu
Deras juga nafasmu
Tenang ritma nadimu
Tenang jugalah alunan nafasmu
Allahu
Moga nafas ini
Nanti bangkit memberi cahaya

Sekian

Sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Syukur Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.. alhamdulilah syukur masih diberi peluang untuk bernafas lagi...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Moga terus diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah.

    BalasPadam
  4. Kehidupan kita ni pun pinjaman...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. syukur kita masih diberi nafas hari ini..

    BalasPadam
  6. Nafas ni adalah pinjaman.... itu perlu sentiasa dalam ingatan

    BalasPadam
  7. Syukur untuk nafas hari ini dari yang maha esa..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama