Banyak Laluan Sebenarnya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BANYAK LALUAN SEBENARNYA | Laluan sangat banyak cuma diri sendiri sahaja yang perasan atau tidak.Dan kalau sudah perasan atau tahu sekali pun mahu memilihnya atau sebaliknya pula.

Banyak.Sangat banyak laluan yang Allah swt beri dan tunjukkan kepada kita.Laluan yang berliku.Laluan yang lurus dan lancar.Al Quran dan sunnah itu juga adalah laluan terbesa,terpenting dan istimewa Allah swt beri kepada kita.Cumanya,berapa ramai yang betul-betul sedar bahawa Al Quran dan sunnah itu adalah laluan utama dan penting mencari redha dan rahmatNYA.

Boleh jadi diri kita menjadi laluan kepada orang lain.Tidak mustahil juga orang lain menjadi laluan kepada diri kita.Laluan apa?..Laluan mengikut kesesuaian dan keperluan..berdasarkan doa,usaha dan izinNYA juga.Laluan ini boleh juga dianggap sebagai asbab atau cara.

Ada ketika kita mencari orang.Ada detiknya orang mencari kita.Masing-masing menjadi persinggahan yang boleh jadi setiap pertemuan itu memberi banyak pengalaman atau pengajaran dalam kehidupan.

Banyak laluan sebenarnya.Tiada siapa pun yang mahu silap memilih atau silap memasuki laluan.Tanyalah pada orang yang telah silap memilih laluan.Namun daripada kesilapan itu siapa tahu buat manusia itu mampu melihat lebih banyak laluan yang lebih baik dan selamat untuknya.InshaAllah.

Setiap hari Jumaat ini juga membuka banyak laluan sebenarnya untuk sesiapa sahaja yang mahu memanfaatkannya.

related image
Banyak Laluan Sebenarnya

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Jumaat PC.. Betul tu PC.. kadang bila kita buka laluan dan mudahkan urusan untuk orang lain.. insyaAllah, Allah pun akan buka laluan dan mudahkan urusan kita juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.Lazimnya macam tu kan Kak Sue.Bila kita mudahkan..kita dipermudahkan juga.

      Padam
  2. Salam Jumaat PC. Semoga yang datang indah-indah saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Yang indah-indah untuk kita semua.

      Padam
  3. salam jumaat. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian. saya dapat sesuatu ilmu pagi ni :)

    BalasPadam
  4. Semoga kita tak tersalah pilih laluan

    BalasPadam
  5. Semoga laluan kita lurus ke jalan Allah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama