Betul Ke Lebih Tahu Atau.. ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BETUL KE LEBIH TAHU ATAU.. .. |Tahu,ya semua orang tahu.Tahu apa yang sekadarnya diketahui.Ada yang memang betul-betul tahu.Ada juga yang pura-pura tahu.Ada yang tahu sedikit tapi macam tahunya banyak.Manusia ada macam-macam ragam.Sangat sukar dijangka dan mewah dengan agenda.

Ada agenda baik.Tidak kurang ada agenda buruk.Begitulah manusia bukan hanya zaman sekarang kerana manusia atau yang mewah agenda ini telah wujud sejak zaman Nabi Adam as lagi.

Betul ke lebih tahu atau.. ..Lihat contoh paling hampir.Ibu ayah kita,adik beradik kita,mereka yang paling hampir dengan kita sedari kita lahir dan meniti usia,walau mungkin setelah dewasa tinggal berasingan..namun naluri itu kuat.Umur bukan alasan seseorang itu tidak lakukan kesilapan.Bukan satu jaminan tidak lakukan dosa.Sesiapa sahaja ada potensi buat perkara salah.Besar atau kecil.Berat atau ringan itu sahaja bezanya.

Seandainya ibu ayah atau sesiapa sahaja sentiasa dan sudi mengingatkan juga menasihati diri kita  atau barangkali seperti dan seolah-olah mengongkong,kalau untuk kebaikkan tiada salahnya dan tidak merugikan pun sebaliknya rasa bersyukurlah.Rasa sayang dan mahu melindungi itulah antara sebab mengapa orang disekeliling kita ada antaranya sentiasa ambil tahu dan berpesan-pesan.Fikirlah positif bahawa mereka lebih berpengalaman.Bukan kerana mereka lebih tahu yang menjadi faktornya.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama