بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
HUSNUZON UMPAMA TARIK DURI DALAM DAGING | Pernah tak tercucuk duri sampai ke daging.PC pernah.Tercucuk duri pokok limau pernah,tercucuk duri kaktus pernah..tercucuk duri ikan di dusi dan tekak pun pernah.Rasanya?..azab.Kesan lukanya berhari-hari bisa dan pedih.Kalau pun ianya tidak menghapus atau menggugurkan dosa kecil dan ringan..cukup itu amaran kerana khilaf yang dilakukan.Allahuakbar.
Husnuzon.Semua orang pun tahu husnuzon itu bersangka baik.Bersangka baik dengan sasama insan.Bersangka baik dengan semua makhluk dan paaaaaaling utama sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
Jujur,husnuzon umpama tarik duri dalam daging.Susah,sakit untuk dilakukan dan berat.Mudah je nak cakap,bersangka baik sentiasa.Mesti bersangka baik,tapi hakikatnya rasa ragu,berkira-kira,bertanya-tanya sentiasa bermain difikiran dan bisikkan-bisikkan kecurigaan itu datang walau tidak diundang pun.
Bersangka baik itu ada kaitannya dengan kejernihan hati,fikiran dan iman seseorang.Berbanding bersangka buruk,ianya tersangat mudah untuk dilakukan kerana kalau tidak disokong oleh orang lain pun makhluk halus yang gemar membisikkan sesuatu yang negatif sentiasa bekerja tanpa lelah.
Sama ada bersangka baik atau bersangka buruk kedua-duanya ada dan sudah pun sebati dengan diri anak cucu Adam a.s.Apa yang membezakannya adalah yang mana lebih dominan menguasai hati dan fikiran kita,itu sahaja.Andai sering berfikiran positif bererti mendidik diri untuk sentiasa bersangka baik pada tempat yang sepatutnya.Jika sebaliknya,maka sebaliknya jugalah yang bakal terjadi.
Moga amalan zikir dan istighfar menjadi benteng yang teguh untuk mengepung hati dan fikiran kita daripada bersangka yang bukan-bukan..sebaliknya sentiasa bersangka baik.InshaAllah.Aamiin.
Sekian.
Sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
terima kasih ats peringatan PC
BalasPadamOrang kita suka bersangka-sangka
BalasPadaminsya'Allah...
BalasPadam