Janganlah Sakit Hati

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGANLAH SAKIT HATI |Manusia biasa,tidak pelik sesekali timbul rasa sakit hati.PC pun ada ketikanya rasa sakit hati dengan perangai orang dan PC yakin ada juga perangai PC buat orang lain sakit hati.Lumrah.Ada ketikanya diri sendiri pilih untuk sakit hati.Ada masanya orang lain entah sengaja atau sebaliknya pula sakitkan hati kita.Begitulah putarannya.Begitulah babak-babak dalam mentarbiah hati.Bila ada rasa sakit hati carilah solusi terbaik untuk tidak menjadi berlarutan.Memang susah tapi boleh diatasi.InshaAllah.Aamiin.

related image
Janganlah Sakit Hati | Google Image

Janganlah sakit hati ketika melihat manisnya senyuman orang lain kerana boleh jadi hanya itu yang mampu dilakukan sedang sepanjang hidupnya telah puas menangis.

Janganlah sakit hati bila orang lain mudah memiliki kerana kita tidak pernah tahu seberapa banyak pengorbanan dan usaha keras yang dilakukan sepanjang masa.

Janganlah sakit hati melihat orang lain menjalin silaturahim yang baik kerana itu bukan mahunya tetapi itu yang agama galakkan untuk terus dan sentiasa dilakukan.

Tolonglah jangan sakit hati kerana ianya memusnahkan diri sendiri.Tinggalkan perkara sia-sia dan buang masa kerana kita semua sebenarnya sudah kesuntukkan masa.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Lumrah. Sakit hati itu biasa tapi jangan sakit hati lalu dengki dengan orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sakit hati yang positif juga sebenarnya..kak PC sakit hati bila nampak baby montel tapi tak dapat picit pipinya..hehehehehhe.

      Padam
  2. inshaAllah baik, kita sama2 doakan agar hati kita ni sentiasa kekal di landasan yg diredhai Allah Taala. aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.Aamiin.Moga begitu yang Allah beri pada kita semua.

      Padam
Terbaru Lebih lama