Kata-kata Terpercaya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KATA-KATA TERPERCAYA |Tidak perlu berjanji pun..kalau indah dan cantik gaya bahasanya inshaAllah mudah dipercayai.Apatah lagi kalau menjanjikan itu dan ini..apatah lagi kalau memberi keyakinan tidak meragukan pasti setiap kata-kata itu terpercaya pada yang mendengarnya.

Hilang kepercayaan bila setiap apa yang diperkatakan itu tidak selaras dengan tindakan yang ditunjukkan.Bila ada yang menipu sudah tentu ada mangsa yang kena tipu.Ada pemangsa.Ada mangsa.Macam hal kecil hakikatnya tidak.Bukan biasa-biasa.

Kata-kata terpercaya.Kita tahu siapa diri kita.Apa kerjaya atau kerja kita.Bagaimana tahap kepercayaan orang lain pada kita bila mana kita berbicara justeru itu jangan mudah ambil kesempatan dan jangan juga gunakan kepercayaan orang itu untuk menakut-nakutkan..menindas dan mengugut juga.Ada antara kita Allah SWT beri peluang dan ruang untuk membantu dengan caranya..kata-katanya terpercaya biarpun mungkin terkadang tidak semuanya apa yang diperkatakan dan disampaikan itu wajar.Justeru bijaksanalah ketika bertutur.Fakta jangan disembunyi.Apa yang tidak perlu jangan diletakkan pada tempat paling atas.

Mahal setiap kata-kata kerana bila orang mula percaya,besar tanggungjawab yang perlu digalas.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sebab tu bila sekali dah menipu, orang rasa susah nak percaya kan. kepeercayaan tu mahal harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat tu kak Ana..nak bina kepercayaan itu susah.

      Padam
  2. Betul tu.. kepercayaan adalah satu anugerah yang dtg bersama amanah tanggungjawabnya. Moga kita semua dapat menggalas setiap kepercayaan dgn sebaik2nya.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Sekali hilang kepercayaan..macam menjadi mimpi buruk sepanjang hayat.

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul.Sangat penting,kerana bukan sahaja manusia menilai..Allah swt juga memandang.

      Padam
  4. Jadi diri sendiri. Kalau rasa mampu buat. Tak mampu jangan buat. Macam tu juga kita nak bagi kepercayaan pada orang lain. Jujur itu penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Buat ikut mampu bukan kerana mengampu hingga hujungnya menipu.Bahaya kan kak.

      Padam
  5. kata2 yang manis sekali pun, tak semestinya dipercayai 100%

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Pakcik WP..kerana lisan manusia mudah berubah.

      Padam
  6. bila dah mungkir pada kata2 tu maka hilang lah kepercayaan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut.Minta terhindar dari melakukan dan orang lain lakukan.

      Padam
Terbaru Lebih lama