بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
KE MANALAH DILABURKAN
Termenung sendiri
Kadang menjadi satu keresahan
Membawa menjadi ketakutan
Bila memikirkan
Ke manalah dilaburkan
Semua yang ada
Walau sedikit
Walau cuma biasa-biasa
Walau tidak seberapa sahaja
Tapi nanti di sana tetap tiada yang terlepas juga
Akan tetap ditanya itu ini dan bagaimana dulunya di dunia
Allahu Ya Rabb
Gelisah
Walau dirasa memperlakukan sehabis baik
Benar-benar sudah cukupkah kebaikkannya
Semua ada nilainya
Semua ada soalannya
Semua kena ada jawapannya
Apa dilaburkan
Ke mana dilaburkan
Bukan sebatas wang ringgit
Tidak sehanya emas permata
Jauh juga hanya berekar tanah yang ada
Ke manalah dilaburkan
Ilmu yang sedikit ini
Pancaindera yang dipinjamkan ini
Setiap inci jasad yang diamanahkan ini
Menggeletar jiwa ini
Membayabgkan azabnya narr(neraka)MU Ya Allah
Ya Allah
Bukalan lorong yang luas untuk hambaMU
Melihat laluan-laluan yang benar
Untuk melaburkan setiap apa yang dipinjamkan
Aamiin.
Ke Manalah Dilaburkan | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
Moga kita dilimpahkan rezeki yg halal juga diberkati..
BalasPadamInshaAllah aamiin..
PadamTahniah! Anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Untuk keterangan lanjut sila layari
BalasPadamhttp://www.zukidin.com/2019/11/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html.
Terima kasih....
Alhamdulillah.Terima kasih Cikgu AK.
PadamSemoga yang baik-baik aja untuk kita semua ya PC.. aamiin Ya Rabb..
BalasPadamAamiin.InshaAllah kak Sue.Besar harapannya.
PadamMELABUR AMALAN BAIK UNTUK DJADIKAN BEKALAN KE SANA
BalasPadamInshaAllah.Aamiin Kak PI.
PadamTahun depan nak start menyimpan semula dalam ASB, duit yang sedia ada dalam acc dah 5 tahun tak bertambah..hehehehe...kalau amaun banyak takpe la kan..ni ciput je..so kena la menabung kembali..anak dah makin besar..nanti nak guna utk persekolahan dia...
BalasPadamSemangat SA.Betul la..sikit-sikit kalau berterusan insha Allah makin hari makin bertambah jugakan..PC pun kena mula juga nampaknya ni.
PadamMelabur untuk akhirat, kadang-kadang tewas juga..
BalasPadamKalau PC ni selalunya tewas.Tu yang mrisaukan.TErmenubg sendiri gelisah hati.
PadamSetiap tindakan, kata2 pun salah satu bentuk pelaburan yg bakal di tanya di sana nanti.
BalasPadamSetuju kak Ana.Tak ada yang terlepas.Takut.
Padampelaburan dunia dan akhirat kena seimbangkan sama banyak . Dunia mungkin berguna pada masa akan datang atau pada waktu tua nanti ,insyaAllah kalau di berikan umur yang panjang . Untuk akhirat akan membantu kita untuk terlepas dari siksa neraka . Sama-sama kita seimbangkan pelaburan nie . Nice sharing PC .
BalasPadamBetul sangat.Dunia ada hubungannya nanti dengan akhirat.Kena jaga dua-dua.Kena jaga semua.
Padammelabur dalam saham2 akhirat
BalasPadamDividennya berterusan menjadi bekalan kita di sana nanti
Aamiin.InshaAllah Pakcik WP.Moga Allah terima setiap pelaburan kita.
PadamSemoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah ya PC. Lama tak berkunjung ke sini :)
BalasPadamAamiin.InshaAllah.Doanya sentiasa begitu.
PadamWalaupun melabur wang ringgit di dunia jangan lupa pelaburan untuk saham akhirat kelak..
BalasPadamTerima kasih PC atas peringatan ini..
Itu salah satu perkara yg kita semua bakal diaudit kelak.. takut bila memikirkan. Semoga lebih bnyk dilaburkan kpd perkara2 yg baik dari yg buruk tanpa kita sedari, Allahu..
BalasPadam