بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
LATIHAN BERSEDEKAH | Sepanjang umur yang Allah izin kita hidup di muka bumiNYA ini..kita setiasa melalui proses pengajaran,pembelajaran dan berguru dengan pengalaman.Sedari alam rahim ibu lagi hinggalah nanti Malaikat Izrail dengan perlahan-lahan dan sedikit demi sdikit menarik nyawa kita.Moga masih boleh dan mampu untuk kita bersyahadah.Paling tidak pun ada orang mengajar kita untuk menyebut ''Allah'' sebanyak-banyaknya.
Tidak tahu bagaimana persepsi orang lain,namun bagi PC banyak perkara dalam hidup ini memerlukan latihan.Baik dari segi zahiriah mahupun batiniah.Setiap hari kita latih diri untuk bersabar..sebenarnya mahu bersedekah pun perlukan latihan juga.
Latihan bersedekah.Teringat dulu masa berada dikelas agama fardhu ain(KAFA).Ustazah cakap..mula-mula latih diri bersedekah beri sesuatu pada benda yang bernyawa tapi kita tak boleh minta balasan daripadanya.Contoh bagi makan pada haiwan..kucing ke..ayam ke..tabur baja pada pokok.Mereka makhluk hidup.Bernyawa tapi kita tak boleh minta mereka beri macam mana kita beri.Boleh jadi kita bagi kucing makan..tapi kucing tu cakar kita.Boleh jadi kita rajin siram air..tabur baja pada pokok tu tapi pokok tu tak nak pulak berbuah..maksudnya..latih diri bersedekah tanpa mengharap balasan.
Rezeki yang kita nikmati kadang bukan daripada hasil kerja keras bekerja siang malam sebaliknya boleh jadi rezeki yang kita kecapi kerana sedekahnya kita satu masa dulu.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
Setuju tu kak pc, kena latih diri bersedekah tanpa harapkan balasan
BalasPadamInshaAllah nanti Allah balas dengan caranya sendiri..aamiin.
Padamsetuju. hati ni memang toksah dok kata la kan. berbolak balik sungguh la :(
BalasPadamBerubah-rubah sentiasa.Hati kita DIA yang jaga.
Padamwah boleh dicuba ni
BalasPadamBila dah terbiasa inshaAllah boleh.
PadamJika selalu dibuat..akan mnjadi amalan rutin
BalasPadamInshaAllah aamiin.Betul sangat-sangat.
Padamterima kasih diatas perkongsian...
BalasPadamSama-sama.Moga bermanfaat.
PadamTerima kasih atas perkongsian ini PC. Masih melatih diri dan mudah2an diterima segala infak sedekah dgn keihlasan hati sepenuhnya oleh Illahi, in shaa Allah.. aamiin.
BalasPadam