بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MAHU
TRAVEL !! JOM TAPI.. | Bila permohonan cuti diluluskan itu
sudah menjadi satu nikmat bagi yang bekerja.Sedangkan suri rumahtangga pun ada
ketikanya mahukan “me time”.Dapat hirup secawan kopi dengan
kawan-kawan,berbelanja apa yang sekian lama disenaraikan pun sudah cukup membahagiakan.Silap-silap
senyum lebar bawa ke tidur.Itu baru lulus cuti.Baru lulus “me time” daripada
encik suami.Agak-agak kalau berpeluang pergi bercuti..melompat bintang
tak..hehehehe..alhamdulillah.Rezeki sangat-sangat tu.Silap-silap masak pulut
kuning sekali dengan rendang daging.
Kalau ditanya pada sesiapa pun,nak tak pergi
bercuti..agak jarang yang menolak kecuali ada sebab yang memang tidak dapat
dielakkan untuk bergerak atau pergi ke mana-mana.Pergi bercuti menjadi
keinginan semua orang baik kita di Malaysia mahupun sahabat-sahabat kita di
negara jiran seperti Singapura. Bercuti dan pergi bercuti luar daripada
destinasi terkini boleh menjadi satu terapi untuk kita legakan segala bebanan
yang bersarang difikiran dan meringankan beban emosi yang berkecamuk dengan
rasa yang kelam dan kelabu.Fokus mencari rezeki untuk menafkahi keluarga dan
kekangan masa dek tugas dan tuntutan kerja yang mesti dilunaskan mengikut waktu
yang ditetapkan,ianya menjadi asbab mengapa keparluan pergi bercuti itu
terpaksa dilupakan dan terkadang berada dalam senarai terakhir dalam apa yang
diperlukan.Justeru itu jangan hairan sekiranya ada yang sudah bertahun-tahun
malahan tidak pernah sekalipun pergi bercuti.
Isilah peluang dan ruang yang ada.Tidak semua orang Tuhan
beri dirinya peluang untuk pergi bercuti baik secara individu atau pergi
bercuti bersama-sama insan-insan tersayang.Tidak seperti dahulu,zaman sekarang
serba serbi mudah.Banyak kemudahan disediakan untuk lebih jauh kaki melangkah
menikmati negara orang.Bercuti.Melancong merupakan salah satu cara kita
mendekati alam yang Tuhan cipta untuk makhlukNYA.Justeru itu mengapa tidak
sesekali dilakukan.Dalam banyak negara yang yang sering menjadi dambaan untuk
di datangi..Negara Malaysia tidak terkecuali memiliki bentuk muka buminya yang
indah dan berbaloi-baloi untuk dikunjungi.Makanya, buat sahabat-sahabat yang
berada di Singapura sekiranya sedang tercari-cari tempat percutian bolehlah cuba Singapore Airlines booking mengguna
khidmat yang disediakan oleh Traveloka. Terdapat banyak promosi yang ditawarkan
di situ, antaranya ialah Singapore to Penang flights, di mana pakej-pakej
penginapan yang murah dan sebagainya boleh dilihat serta diteliti satu per
satu.
Malihom Private Estate,Penang Malaysia
Sumber : traveloka.com
Risiko sentiasa ada.Malang tidak berbau.Tiada isyarat
pun.Ada ketikanya berlaku secara tiba-tiba atau spontan seperti mana yang DIA
mahu.Sejauh mana pun kita cuba elak..jika DIA izin..terjadi juga walaupun dalam
rumah sendiri.MasyaAllah.Namun jangan terus dan sentiasa tawakkal membuta tuli
sebaliknya Tuhan sentiasa suruh kita berusaha sehabis baik bukan sekadar untuk
diri sendiri malahan untuk insan di sekeliling kita juga.Andai tidak ke mana
–mana pun kita perlu sentiasa berusaha berhati-hati apatah lagi sekiranya mahu
melakukan bergerakkan atau pergi ke tempat baru yang asing bagi kita dan
keluarga yang di bawa,harus lebih berganda persediaan dan awasan yang mesti
dilakukan.Justeru tidak menjadi satu kesalahan dan kerugian pun sekiranya kita membuat persiapan yang rapi atau
menyediakan “backup plan” sebagai
satu ikhtiar sewaktu percutian nanti.
Sentiasa menjaga itu perlu.Bukan sekadar lokasi,keadaan cuaca dan kewangan yang perlu
diambil kita.Sebenarnya banyak lagi yang perlu diperhatikan supaya ketika
bercuti hati senang,fikiran lapang.Mahu Travel!! Jom Tapi..
Tapi apaaaaaa!!!..apa lagi,usahakanlah sehabis baik dalam
menyediakan awasan yang kukuh sedayanya kita sebagai hambaNYA untuk menghadapi
sebarang kemungkinan.Cukup niatkan apa yang dilakukan sebagai usaha mahu
berjaga-jaga dan persediaan keranaNYA ketika sedang bercuti tidak kiralah ke mana pun destinasinya baik sekadar dalam negara mahupun ke luar negara.Antaranya;
Takaful / Insurans.Pilihan
dan kehendak.Boleh sahaja untuk tidak memiliki takaful atau insurans.Namun
tidak menjadi satu kesalahan besar pun kalau mahu untuk memilikinya bukan
sekadar unutk diri sendiri malahan untuk seisi keluarga.Ianya mempunya banyak
kebaikkan sebenarnya.Bagi yang mampu dan mahu jangan berlengah dan berkira-kira
untuk memiliki takaful atau insurans yang dirasakan selayaknya dan sesuai
dimiliki.Terkadang kita juga perlu memikirkan sepuluh langkah kehadapan.Biarpun
di masa hadapan tidak mampu untuk kita ramalkan apa yang bakal
terjadi.Kesimpulannya,mampu..makan adakanlah takaful dan insurans yang terbaik
untuk awasan.Apa salahnya sedikit daripada pendapatan yang diperolehi
dilaburkan kepada takaful atau insuranskan.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang
menjadikan travel sebagai aktiviti rutin.Sangat baik untuk kita pastikan kita
ada takaful atau insurans ni sebelum travel supaya andai terjadi sesuatu hal telah
tersedia perlindungan yang dapat membantu kita.
Kenal pasti dan kaji
titik-titik fokus sebelum memulakan perjalanan.Pentingkah?.Ya.Berada
di kawasan sendiri pun kita harus ambil tahu banyak perkara untuk memudahkan
urusan,apatah lagi bila mahu berada dalam jangka masa yang agak panjang berada
di tempat asing bagi kita,maka perlu lebih kenal pasti agar sebarang masalah
sekiranya timbul boleh ditangani dengan kadar paling segera.Lebih-lebih lagi
tempat makan,hospital dan balai polis terhampir.
Perkhidmatan panggilan
kecemasan dan simpanan nombor peribadi.Perlu untuk kita sediakan
beberapa senarai nombor penting dan peribadi yang boleh dihubungi oleh orang
yang mengendali ketika berlaku apa sahaja kes kecemasan pada kita.Tidak semestinya
nombor orang yang ketika itu bersama-sama kita sahaja,malahan adalah lebih baik
berikan nombor seorang dua kenalan kita di Malaysia supaya boleh dan mudah
dihubungi untuk menyampaikan apa sahaja maklumat yang perlu.Senaraikan
nombor-nombor yang boleh dihubungi ini ditempat yang mudah dilihat dan didapati
selain jelas unutk dilihat orang yang mahu membantu dan menguruskan kita ketika
itu.Kekangan memecah kata kunci telefon bimbit dapat diatasi dan masa dapat
dijimatkan.Dan jangan lupa juga bawa sebarang ubat-ubatan seperti mana
dinasihati doktor sekiranya ada dan perlu.Ini juga perlu dimaklumkan kepada
sesiapa yang menyertai kita ketika itu.
Biar lebih jangan
kurang.Seharian kita tetap memerlukan duit.Duit tidak mampu
membeli segala-galanya tapi ada duit inshaAllah banyak hal boleh diselesaikan
dan dimiliki seperti mana selayak dan semampunya serta dibolehkan oleh
syarak.Jangan membazir.Pilihlah untuk berjimat cermat dan bersederhana
sentiasa.Mahu tidak mahu,,suka atau tidak ketika sedang bercuti,pundi-pundi
duit harus disediakan lebih kalau tidak untuk dibelanjakan pun ianya sangat
perlu dijadikan persediaan untuk situasi luar jangka.Cukup bawa dan sediakan
duit tunai seperlunya sahaja dan selebihnya simpan ditempat sewajarnya seperti dalam
safety box hotel, selitkan di dalam casing phone, letak dalam invisible zip yang ada dekat mana-mana
beg dan juga letak dalam salah satu poket seluar kita atau di tempat yang mudah
untuk kita ambil kemudian tukar ke matawang tempatan jika perlu atau diperlukan
ketika itu.Secara tidak langsung ianya menyelamatkan kita daripada sebarang
kerugian andai terjadinya kes-kes kecurian dan sebagainya.Nampak mudah
bukan..tapi ianya memerlukan kemahiran dan teknik yang betul dan tindakkan yang
cekap.InshaAllah semua berlangsung dengan baik.
Salinan dokumen penting
jangan dipandang remeh.Sesiapa
pun boleh terdedah dengan pelbagai masalah atau musibah.Orang lain dan tidak
mustahil berlaku pada diri kita juga.Lebih merumitkan bila sedang bercuti jauh
daripada Negara Malaysia.Allahu.Maka apa salahnya sediakan salinan dokumen
penting sebagai persediaan jika diperlukan tidak perlulah memeningkan kepala
untuk diserahkan kepada pihak yang memerlukan ketika itu.Lebih-lebih lagi untuk
urusan di kedutaan dan imigresen seandainya kita mengalami masalah passport.Selain
passport, perlu juga sediakan salinan takaful atau insurans dan juga kredit kad
atau debit kad info serta laporan rekod kesihatan sekiranya ada.Sediakan dan
kumpulkan setiap salinan dokumen di tempat yang selamat,sama dan mudah diambil.Manfaatkan
kotak atau peti keselamat di hotel untuk menyimpan dokumen-dokumen ini.
Pergi bercuti itu pilihan dan impian ramai orang,jika
berkemampuan tidak salah memberi hadiah dan beri layanan terbaik untuk diri
sendiri malahan untuk keluarga juga.Traveloka menyediakan banyak peluang,ruang
dan pilihan kepada kita.Baik untuk dalam negar mahupun ke luar negara.Bukan
mewah menjadi ukuran bahagia atau gembeira tapi bagaimana kita menghidupkan dan
mencipata rasa gembira dan bahagia itu paling utama.
Selamat bercuti ke destinasi idaman.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
cuti sek dah mula jd bolehlah merancang nak ke mana2 destinasi terdekat..
BalasPadamMerancang utk percutian jadi lebih memudahkan malah menceriakan lagi mood bercuti :)
BalasPadamMerancanglaa percutian utk kebaikan bersama.
BalasPadamkiraan zakat pendapatan
daftar syarikat sdn bhd
daftar sdn bhd
Rancang percutian untuk keselamatan
BalasPadamtakaful malaysia travel insurance
houseowner insurance
income tax filing malaysia
tuntut pelepasan cukai insurans