بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CUBA JENTIK HATI | Sesekali berdiri.Lihat diri sendiri dihadapan cermin.Bermonologlah hinga temui banyak jawapan pada setiap permasalahan yang singgah dalam kehidupan.
Semalam marah-marah.Rasa marah yang mebuak bagai lahar gunung berapi yang muntah merah membahang.Rasa marah sungguh-sungguh.Berasakan sudah tersangat lama bersabar.Sabar dicabar hingga meletusnya titik kemarahan yang bukan biasa-biasa pada orang.Tapi pernah tak terfikir ada orang lain sedang marah dan menyembunyikan kemarahan pada diri kita juga sebenarnya.
Hari ini protes itu ini.Serba serbi tidak mengena dan tidak berkenan pada hati.Salah orang dicari.Tiada salah pun tetap dimaki-maki.Sering juga menuding jadi.Mahu satu nikmat puas hati.Walau tidak kekal berbekas dihati rasa puas hati.Protes kerana apa.Menegur apa alasannya.Bila mula tidak boleh terima kerjanya orang..agak-agak sedar tak yang hasil kerja diri sendiri pun banyak lemah dan kurangnya.Boleh jadi kurang dan lemahnya itu dibantu dan ditutupi orang lain agar terlihat baik dan bagus sekali.
Esok walau belum pasti lagi apa bakal terjadi.Namun perancangan sudah disusun rapi.Mahu begitu nak begini.Mesti patuh arahan itu mesti ikut kata begini.Tawar menawar cuma mimpi.Empati eh jauh sekali malah berkali-kali.Silap-silap tiada dalam kamus hati.Terbayang tak kalau diri itu mesti menurut setiap inci tiada berbasa basi..pernah tak letakkan diri bukan di tempat sekarang diri berdiri..lebih indah kalau orang menurut kerana menghormati bukan kerana takut terbalik periuk nasi untuk anak isteri.
Kita sama-sama tidak sempurna yang sedang bertatih menjadi terbaik untuk meraih rahmat Allah swt.Cubalah jentik hati.Pandang daripada pelbagai sudut dan situasi.Tidak rugi.
Sekian.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
Waalaikumussalam. Setuju, hati yg keras jangan diikut sangat
BalasPadamModah2an kita semua tergolong dikalangan insan2 yg sentiasa dikurniakan hati yg tenang dan lembut utk setiap kebaikan dariNya.. aamiin.
BalasPadam