بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
LEBIH BAIK BANYAK BUAT DARIPADA BANYAK KRITIK |Kritik itu bagus kalau kena pada masa dan tempatnya,secara tidak langsung ianya boleh memperbaiki atau meningkatkan kualiti mana yang kurang memuaskan hati.Tetapi terlebih kritik juga boleh merosakkan keadaan dan menyusahakan orang lain kerana boleh bertukar menjadi ''cerewet'' pula.Baik-baik orang suka berubah meluat jadinya.Sangat tidak sihatkan..justeru itu sila waspada..pastikan kritik membina atau cerewet dan mengada-ngada sebenarnya.Kalau susah nak kesan..cuba tanya orang lain..tapi bila orang lain jujur sila bertenang dan jangan macam makan cili sekontena.Kata suruh jujur..itu pun kalau ada rasa nak berubah ke arah lebih baik.Mengapa tidak.
Lebih baik banyak buat daripada banyak kritik.Kritik yang di sini adalah kritik yang condong ke arah negatif dan menyesakkan orang lain.Orang yang hebat itu bila tidak hanyut dengan kedudukkan(pangkat) dan harta yang dimiliki walau hakikat sementara.Tidak semua orang yang berkedudukkan dan berada itu tidak baik..ada je ramai yang sangat merendah diri dan orang tak tahu pun siapa dia.Namun begitu lebih ramai yang sebaliknya.
Bila sudah terbiasa dan selesa memerintah(memberi arahan) kadang kita lupa macam mana rasanya terima arahan.Kadang untuk menerima sedikit pendapat daripada orang bawahan pun menjadi satu tentangan prinsip.Melangitnya ego.Amboi.Hehehe.Tidak luntur kedudukkan awak,tidak luak pun hormat orang pada kita bila sama-sama banyak buat daripada rasa bahagia sangat kritik itu ini.Cuba turun padang sama-sama cari dan tangkap belalang tengok susah atau senang mahu memenuhkan satu balang.Begitulah ibaratnya.
Kesimpulannya,semua adalah sementara.Apa yang ada dalam mulut pun belum tentu senpat sampai ke tekak kalau Allah mahu ianya keluar semula.Begitu juga dengan setiap apa yang kita miliki dan berasa ianya hak kita.Memperjuangkan hak sendiri jangan sampai menganggu hak orang.Apa kata lebih baik banyak buat daripada banyak kritik.Sama-sama berkeringat.Barulah kritik sesudah itu.Hati-hati dengan lisan yang lancang dan ringan mengkritik..
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
Orang kerja bahagian 'CC' memang tugasnya tau kritik aje
BalasPadamBetul tu Pakcik WP..bila terlebih kritik lain jadinya..hehehehe.
PadamAlhamdulillah buat masa nie masih banyak terima teguran dari memerintah . Sama-sama perbaiki diri , tak selalunya kita berada di atas .
BalasPadamBetul tak selalu berada di atas kerana yang di bawah pun ada perasaan dan ada juga yang kata-katanya boleh digunakan dan bermanfaat.
Padamtp selalunya byk yg kritik dr yg membuatnya
BalasPadamKan..mungkin itu lebih mudah.
PadamPesanan yang bernas.. Namun skrg nie banyak yang kritik daripada buat.. huhuhu..
BalasPadamBetul,lebih syok kritik sebab itu kerja paling mudah.
PadamSetuju tu...payah jenis suka kritik tak membantu pun
BalasPadam