Separuh Jalan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEPARUH JALAN |Semangat ada ketikanya turun naik.Niat pun ada detiknya lurus dan tergelincir juga.Satu kebiasaannya yang terjadi kepada sesiapa pun termasuklah PC.Memang yang baik itu sentiasa berterusan.Berterusan lurusnya niat dan berterusan semakin meningkat atau bertambahnya semangat.Kalau ada yang kata ''bab makan sentiasa bersemangat boleh pulak?!''..eh..eh..nanti dulu ya..adakala selera makan pun ke laut juga..itu belum lagi buntu nak makan apa..huhuhu.Tidak semua orang selera makannya gagah.Harap dimaklumi.

Separuh jalan.Melakukan sesuatu separuh jalan itu sebenarnya tidak berapa elok.Justeru itu mengapa sebelum lakukan sesuatu hal fikir sedalam-dalamnya.Betul-betul buar pertimbangan.Ambil masa panjang sedikit pun tidak mengapa.Bila dah lakukan semua langkah tersebut..kemudian mulakan..tetapi terhenti separuh jalan yakinlah ada hikmahnya.

Bila melihat suatu hal atau satu perkara yang cuma terbangun,terjadi atau berjaya dilunasi sekadar separuh jalan..jangan terus mencemuh.Jangan ditambah beban yang digalas.Jangan juga menyimpulkan sesuatu yang diri sendiri pun tidak tahu.Satu,diam.Kedua,bantu dan beri solusi terbaik.Itu sudah cukup dan selamat.

Ini pendapat PC ya.Tidak ada sesiapa pun yang mahu lakukan sesuatu itu separuh jalan.Mencapai dan mencari serta mendapatkan kesempurnaan sedaya dan selayaknya seperti yang dimahu manusia itu lazimnya menjadi matlamat pada setiap niat yang disemai.Berjaya digapai itulah erti sempurnanya.Dan bila separuh jalan itu sebenarnya bukan gagal ya cuma kurang berjaya.

Boleh jadi hari ini kita cuma mampu menyempurnakan hanya separuh jalan..siapa tahu esok lusa kita boleh menyiapkan keseluruhannya dengan lebih baik berbanding niat asalnya.Biarpun begitu..selagi boleh biar apa yang kita lakukan itu sederhana agar separuh jalan itu dapat dielakkan.InshaAllah.Aamiin.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. waalaikumussalam. setuju sangat, buat sampai jadi ^_^

    BalasPadam
  2. Kadang2 pencapaian separuh jalan pun boleh dibanggakan
    daripada kita tak melangkah langsung

    BalasPadam
  3. Bukan mudah meneruskan apa yang dah dimulakan namun, tetap gagah melakukannya.. Kadang2 orang di sekeliling mainkan peranan juga dalam menentukan apa yang dilakukan berjaya diteruskan ataupun terhenti di tengah jalan..

    BalasPadam
  4. Kerja separuh jalan ada kala disebabkan masalah yg dihadapi yg mngkin kita tidak ketahui. Jika mampu, sama2lah kita berusaha membantu memudahkan apa yg diusahakan, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama