بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA SUDAH TERLANJUR |TERLAJAK PERAHU BOLEH BERUNDUR,TERLAJAK KATA BADAN BINASA..terlajak apa pun ada ganjaran atau balasannya juga sebenarnya.Tidak terlanjur dilisan boleh jadi terlanjur pada perbuatan atau tindakkan.Kalau tidak kedua-duanya,jaga lisan,jaga perilaku boleh jadi terlanjur pada fikiran dan dalam hati.Walau cuma diri sendiri dan Allah swt yang tahu.Terlanjur tetap terlanjur juga.
Dibenci,dicaci,dikhianati,diperlakukan tidak sewajarnya itu pasti bila sudah terlanjur walau terlanjur pada perkara yang kecil dan mudah untuk dimaafkan kemudian dilupakan.Apatah lagi bila sudah terlanjur pada hal yang lebih besar dan serius.Allahu Allah.Semua tidak mahu terlanjur.Semua pasti sedayanya berusaha untuk menjadi lebih baik dan sentiasa waspada tapi pasang surutnya iman manusia itu menjadi tamparan hebat berat dan besar pada kita manusia biasa ini.
Bila sudah terlanjur cepat-cepat berpatah balik atau berundur.Tidak semestinya lalu laluan yang sama untuk ke garis permulaan kerana andai ada jalan yang boleh buat kita sampai ke satu titik yang lebih putih dan bercahaya mengapa mahu dilepaskan.Bukankah hidayah daripada Allah swt itu ada banyak caranya dan tidak mengira waktunya bila tiba pada kita manusia.Boleh jadi mencari dan melalui jalan keluar yang baru itu menjadikan kita lebih bertambah baik berbanding sebelum melalui jalan sebelum ini.Biarpun terpaksa melalui lorong yang panjang dan sempit untuk mencari sinar dan pelangi ianya bukan satu yang mustahil.Syurga itu untuk semua.Aamiin.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt

Tags:
Santai
Semoga dapat kembali ke jalan yang lurus
BalasPadamAamiin.InshaAllah.
Padammasih ada ruang kembali ke jalan yang betul walaupun da silap.
BalasPadampintu keampunan sentiasa terbuka =')
Belum terlambat kembali ke jalan yang lurus. Terima kasih atas sharing
BalasPadamsemoga kita dijauhkan dari sebarang ketelanjuran yang buruk
BalasPadamtaubat nasuha...sebaik2 taubat, terus meninggalkan segala keterlanjuran dan berusaha sungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi...
BalasPadam