بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CEMBURU | Rasa atau perasaan cemburu itu ada.Dalam hati.Tebal atau tipis.Besar atau kecil sahaja bezanya.Kalau sebut cemburu,tidak seratus peratus juga condongnya pada perkara yang buruk dan negatif.Ada juga cemburu yang membuahkan hasil positif.
Setiap kata cuba dikotakan
Jaga ungkapan cuma dipermainkan
Cemburulah pada perkara kebaikkan
Agar sama-sama turut melaksanakan
Bait kata menjadi lagu
Sangat merdu penyanyi bersuara
Wajarlah ada rasa cemburu
Mesti bijak letak ditempatnya
Burung merpati membawa utusan
Utusan penting semuka surat
Jangan cemburu membinasakan
Rugi dunia rugi akhirat
Semakin berusia semakin aktif
Sihat tubuh cergas minda
Tidak semua cemburu bersifat negatif
Kalau menuju kebaikkan apa salahnya
Petang-petang berjalan kaki
Penat berjalan duduk menyinggah
Moga cemburu lebih memperbaiki
Mana yang kurang ditambah diubah
Ada banyak jenis peluru
Pada senjata pantas diisi
Rasa cemburu itu perlu
Lebih berhati-hati mengawal situasi
Tidak salah kalau ada rasa cemburu yang sihat dan bersih tanpa hasad dan perbuatan-perbuatan keji dilempar ke orang lain.PC sendiri pun ada rasa cemburu.Tapi rasa cemburu yang tidak mendorong PC lakukan perkara yang ditegah agama atau merosakkan orang lain.InshaAllah.Aamiin.
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Pantun
Ya pc, cemburu yg membuatkan kita berusaha dengan lebih gigih lagi. InshaAllah aamiin
BalasPadamcemburu boleh tapi gunakan pendekatan yang baik untuk bersaing. bukan dengan perkara yang keji. jadikan motivasi untuk kita jadi lebih baik..
BalasPadamsebuah perkongsian yang indah dari PC :)
BalasPadammoga dapat mengatasi rasa cemburu yang bertandang ni :)
BalasPadam