Jangan Amalkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN AMALKAN

Pukul anak sindir menantu.Mudah dilakukan.Ini cara nak selamatkan diri.Nak nampak ''clean",betul la tu tapi matlamat boleh sangkut di mana-mana..boleh jadi juga tidak sampai langsung pada yang dituju.Ada orang mudah faham.Ada orang suka buat-buat tak faham.Eh,ada juga langsung tak faham.Jadi,cakap jelah terus tapi dengan hemah dan hikmah.Jelas dan tulus.

Berlengah-lengah.Tengok keadaan,sesuai tak nak berlengah-lengah.Sesekali berlengah-lengah atau melambat-lambatkan mungkin tidak menjadi masalah,tapi kalau jadikan tabiat,buruklah padahnya.Lebih-lebih lagi bila berjanji dengan orang atau ada urusan dan perkara penting.Jangan marah kalau orang marah awak ye.

Malas minum air kosong/air masak.Jangan minum air ketika berasa dahaga sahaja.Tidak berasa dahaga pun tetap kena minum juga.Kerana tubuh badan kita sentiasa memerlukan air yang cukup untuk bekerja.

Mengadu ikut suka.Sikit-sikit mengadu.Nanti sikit-sikit mengadu lagi..adoilah.Nampak macam alah hal kecil..tapi lihat juga kesannya bagaiamana.Ada juga kerana suka mengadu hingga menyusahakan orang lain.Tidak adillah pada orang lain.

Baik,amal dan kongsikan supaya yang baik itu berterusan.Kurang baik cepat-cepat tinggalkan supaya ianya dapat segera dibendung.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mana yang baik cepat2 kita kongsi, kita amal. Mana yg tidak, boleh mula tinggalkan sedikit demi sedikit kan PC.

    BalasPadam
  2. Tinggalkan amalan begitu ya..kita berbaik sangka pasti baik jadinya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama