Mencuba Untuk Lebih Teratur

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENCUBA UNTUK LEBIH TERATUR | Minggu pertama di tahun 2020 bakal berakhir.Berbaki tiga minggu sahaja di bulan Januari ini.Allahu.Macam baru semalam disebut-sebut.Dah seminggu berlalu.Setakat ini semua biasa-biasa,sederhana,alhamdulillah apa adanya.Syukuri setiap di depan mata..usahakan apa yang didamba sedayanya.Aamiin.

Azam?Ada.Cuba tidak setajam dulu-dulu untuk sentiasa disenaraikan pada setiap helaian di sebuah buku yang bercorak indah.Barangkali faktor usia agaknya.Azam atau apa sahaja keinginan lebih selesa dipasak dalam hati dan fikiran.Cuma sesekali dijadikan topik ketika sembang santai bersama en suami dan babah mama.Namun semagat sebolehnya terus bersemangat untuk mencapai sasaran.Selebihnya biar mengalir bagai air yang tenang namun berterusan.Takut juga kalau terlalu memaksa diri kesihatan pula terganggu.

Mahu tenang dan lebih mensyukuri.Apa adanya.Jalani sahaja.Kurang sana sini tambah sikit-sikitlah.Terlebih itu ini yang agak kurang baik cuba perbaiki sahaja.Ubah mana yang khilaf.Kekalkan mana yang dah molek.Adakala tidak perlu pergi jauh,dengan sentiasa bersyukur pun rasa tenang dan bahagia itu mendekat.Modalnya kecil,untungnya besar.InshaAllah.Aamiin.

Mencuba untuk lebih teratur.Tengok susunatur dalam rumah yang rapi,suka kan..tenang hati dan fikiran.Mata yang memandang pun tidak serabut.Begitu juga dalam kehidupan seharian.Kita bukan robot yang boleh diset mengikut masa yang ditetapkan..tetapi kita diberi akal untuk melakukan sesuatu dengan lebih teliti dan terancang sehabis baik.Kalau tidak pada keseluruhan aktiviti pun sebahagiannya juga memadai.Ini yang sedang cuba PC lakukan..mencuba untuk lebih teratur,termasuklah dalam berblog.

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bila dah tua2 ni azam tak macam dulu. Hanya nak jadi yg terbaik dari sebelumnya je. Harap dpt lah berubah walau sedikit.

    BalasPadam
  2. Betul tu PC.. bila dah meningkat umur nie kita lebih nak siapkan diri dan amal untuk lebih baik dari sebelumnya kan..

    BalasPadam
  3. bila teratur rasa kemas dan selesa =)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama