MENYAMPAIKAN ITU BAGUS TAPI | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Sampaikanlah walau sebaris ayat. Atau mungkin cuma sepatah perkataan. Walau sedikit selagi ianya bermanfaat dan condong pada kebaikkan sahamnya inshaAllah kita dapat dan boleh nikmati. Aamiin.
Ada banyak cara boleh menyampaikan. Ada pelbagai peringkat boleh disasarkan. Paling penting jangan salah sasar dan jangan salah apa yang mahu disampaikan.Salah sampaikan maka yang diterima juga salah. Dan bila yang diterima itu salah kemudian disebarkan maka kesalahan menjadi semakin luas dan bertimpa-timpa. Minta dijauhkan daripada kita melakukan.
Tapis dulu betul-betul nak dapat pati santan yang baik bermula daripada pemilihan buah kelapa yang baik. Begitu jugalah ketika mahu menyampaikan apa yang mahu disampaikan. Sebelum apa pun cari kata-kata yang baik, isi yang baik dan sampaiakn dengan cara yang paling baik. Kadang lembut penyampaian kita tapi dirasakan kasar dan keras oleh orang lain pula hingga akhirnya timbul salah sangka. Ada ketika cara sampaikan kasar dan lantang namun boleh diterima orang dengan mudah dan selesa.
Andai ada sifat suka menyampaikan itu bagus sebenarnya.. cuma, perlu sentiasa berhati-hati dan berkira-kira juga.
Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Menyampaikan itu Bagus Tapi
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
redha Allah terpaling penting
BalasPadamSampaikan tu memang macam2 cara... antaranya... "Sampaikanlah salam, cintaku padanya..."
BalasPadam:D