ULANG CAKAP | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Bila ulang cakap berkali-kali kadang rimas jadinya. Yang bercakap letih, yang dengar naik bosan. Dalam pada berasa rimas sebenarnya banyak juga kebaikkannya. Lebih faham. Lebih ingat. Lebih tahu. InshaAllah.
Banyak sebab mengapa suatu hal itu diulang cakap. Tak kisah oleh sesiapa pun. Macam tidak berasa jemu langsung. Kadang timbul rasa pelik. Buat kita berfikir sendiri. Itu pun kalau jenis yang ambil pedulilah. Ada juga yang membiarkan di bawa angin lalu sahaja. Masing-masing, maka terserahlah.
Istimewa. Bila suatu hal itu istimewa maka tidak hairanlah ulang cakap berkali-kali. Dengan espresi yang sangat bersemangat dan teruja yang bukan direka-reka.
Suka. Tidak perlu pergi jauh,lihat diri sendiri sahaja, bila suka akan satu-satu perkara atau benda rasa lain macam muncul. Itulah timbulnya fanatik yang sukar dibendung. Jangan pelik la selagi tidak diperolehi dan selagi itulah dibibir dan tidak terpadam daripada senarai apa yang mesti didapatkan atau dicapai.
Lambat bertindak. Ada orang pantas dalam mengurus banyak perkara. Dalam satu masa boleh urus banyak benda. Ada orang menguruskan satu persatu dan perlahan. Paling bahaya bila bekerja atau berada dipersekitaran kelompok yang sentiasa tangkas dan pantas dalam bertindak. Jangan berapi telinga kalau sentiasa dengar ada yang ulang cakap setiap kali nampak muka kita. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang yang suka mendesak ikut suka.
Marah/Tidak berpuas hati. Lantaran mood orang yang sukar dijangka justeru tidak hairan ada yang suka marah atau tidak berpuas hati membuta tuli. Ikut rasa ikut mahu sendiri sahaja. Barangkali setelah berkali-kali juga dimaklumkan dan perlu dimaklumi sedangkan diambil mudah maka ulang cakap dalam kemarahan itu kemuncaknya yang paling tidak suka kita dengar dan terima.
Dendam. Semakin dalam luka dan semakin besar parut yang berbekas dihati bererti potensi untuk lebih dalam rasa dendam itu tinggi. Boleh jadi penerimaannya nampak tenang, namun apa yang tersimpan dihatinya luar biasa. Hati-hati juga bila dengar orang lain kata "tak kisah" atau "ok je" kerana boleh jadi dia memang maksudkan begitu dan boleh jadi sebaliknya juga.. lebih bahaya yang dia kata ok itu sedangkan ulang cakapnya tentang hal yang dimaksudkan dengan intonasi berbeza.
Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ulang Cakap
Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ulang Cakap
Tags:
Santai
Memang... lain di mulut... lain di hati....
BalasPadamhah betul
BalasPadamdalam tak kisah sebenarnya sangat kisah he hee
mcm2 ragam
selalu diulang ulang ckp pun bertindak lambat apalagi kalau xdiulang
BalasPadamBebel pada anak takpe kot hehehe kalu tak depa selalu buat-buat lupa
BalasPadam