Belum Sepuluh Langkah Sudah Meletup

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BELUM SEPULUH LANGKAH SUDAH MELETUP |"Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..janji tau..tau..tau..alif lam lam ha (Allah)".Besar ke.Kecil ke.Berat ke.Ringan ke.Kalau dah namanya rahsia tetap rahsia.Janji?..Janji!

Janji untuk simpan. Janji untuk laksanakan amanah atau amanat. Ada dua jenis.

Pemegang amanah itu berat dan besar tanggungjawabnya.Apa yang diamanahkan pada kita sila jaga sebaik-baiknya.Tidak semestinya bila sebut jaga amanah itu hanya tertumpu pada harta benda yang terlihat sahaja.Cerita,rahsia atau apa sahaja yang disampaikan jika disebut rahsia maka itu juga satu amanah yang perlu dijaga.Amanah cara bertulis,cara lisan atau penyerahan nyata.Besar tanggungjawabnya.

Bila ada rasa percaya.Kenapa orang suka atau mudah mahu menceritakan sesuatu yang berbentuk peribadi kepada kita.Begitu juga sebaliknya kita mudah untuk berkongsi sesuatu pada orang lain..jawapannya kerana ada rasa percaya.Tidak semua orang boleh dipercayai dan tidak semua orang mudah untuk mempercayai.

Perlu dipupuk.Sifat saling mempercayai itu perlu dipupuk.Susah untuk kita percaya orang lebih-lebih lagi bila sudah berkali-kali dikhianati.Boleh maafkan tapi susah melupakan kerana takut terjerumus ke lubang yang sama.Bahaya wooo.Lebih bahaya bila lain dihadapan kita..lain juga dibelakang kita.Belum sepuluh langkah sudah meletup dimulut.Tak sampai lagi pun di perut.Allahuakbar.

Amanah pada diri sendiri.Amanah menjaga amanah orang.Amanah itu satu sifat terpuji.Menyampaikan juga satu sifat terpuji namun tidak semua boleh disebarkan atau disampaikan lebih-lebih lagi kalau apa yang mahu disampaikan berbentuk satu perkara peribadi yang sedari awal permintaannya ia suatu yang perlu dirahsiakan.Jelas?.Justeru itu bijaklah membezakan ya.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Susah nak mencari orang betul-betul boleh percaya...walau dalam ahli keluarga sendiri kan PC..tapi tu ler, tapi tu laa ianya mengajar kita supaya berfikir samaada perlu di hebahkan atau di rahsiakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat susah Sis..lagi sekarang sangat mudah untuk bercerita..hjung jari je Sis..susah nak cari yang bila tangan kanan memberi,tangan kiri tidak tahu..

      Padam
  2. jangan sia-siakan kepercayaan orang lain pada kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..tapi ramai yang mensia-siakannya dengan sengaja..

      Padam
  3. Allahu, sesungguhnya kami takut akan azab-Mu, ya Allah T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kalaulah semua orang ingat azab Allah itu ada..

      Padam
  4. Zumal kalau nak diamanahkan sesuatu memang tak sanggup. Cukuplah amanah Allah Yang Esa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beratkan..kerana lisan manusia sangat ringan dan mudah lepas kata.

      Padam
  5. Sekali hilang rasa percaya, tak mudah diraih semula..

    BalasPadam
  6. Amanah ni sebenarnya berat.. saya masih teringat kata2 ustaz yg di akhirat kelak, salah satu amalan yg ditimbang termasuklah bagaimana kita laksanakan amanah2 yg diberikan kpd kita masa di dunia dulu. Sekecil2 amanah adalah menyampaikan salam orang kpd yg lain.. Allahuakbar.

    BalasPadam
  7. Amanah tampak ringan dimulut tapi berat untuk dipikul. susah nak jumpa orang yang boleh dpercayai. baru cerita satu rahsia, kita berpaling cerita sudah tersebar merata. sedih

    BalasPadam
  8. If you're attempting to burn fat then you absolutely have to get on this totally brand new custom keto meal plan.

    To produce this keto diet service, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs have joined together to develop keto meal plans that are powerful, suitable, money-efficient, and enjoyable.

    Since their first launch in 2019, thousands of people have already remodeled their figure and health with the benefits a professional keto meal plan can give.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones provided by the keto meal plan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama