BERSUKACITALAH DENGAN JALAN-NYA

BERSUKACITALAH DENGAN JALAN-NYA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum wbt. Bulan Ramadan kian berkurang hitungan harinya dan perlahan-lahan menjauh kerana akan berakhir. Pintu madrasah yang sentiasa dinanti-nantikan..sentiasa dirindukan.Dalam bulan Ramadhan ini juga ramai yang berusaha untuk menunaikan umrah kerana mahu merasai nikmat beribadah umrah dan berpuasa di tanah suci.

Bila harinya semakin berkurang, hutang juga perlu mesti dilunas dengan segera,sementara sihat qadalah puasa segera..esok lusa kita belum tahu macam mana kisahnya.Memang menjadi cabaran bila qada puasa sedang orang lain tidak berpuasa.Perit mata tengok juadah,sakit teling orang pelawa makan dan perit hidung bau tumisan.Hihihihi.Maka bertabahlah. Asal jangan langkau tahun berikutnya. Jika tidak.... ermmm.


Bersukacitalah dengan jala-NYA. Buat apa yang Allah swt suka.  Buat. Namun bukan mudah juga. Contoh paling mudah, senyum itu mudah dan ringan tapi berapa ramai yang suka nak buat. Mungkin tidak ramai yang gembira lakukan apa yang Allah swt suruh dan suka.. kerana manusia lebih suka buat apa yang diri sendiri suka walau orang lain tak suka.

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Ahqaaf 46:13)

Sangat-sangat beruntung sesiapa yang dengan sukacita lakukan sesuatu kerana Allah swt dan hal itu memang Allah swt suka. PC sendiri pun kadang tewas untuk lakukannya.

Sekian.

NOTA PC  : semangat!




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama