بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
JANGAN CALONKAN DIRI |Sebelum lahir ke dunia kita tak tahu pun siapa kita.Bila kita lahir owh kitalah calon anak kepada ibu ayah kita.Siapa kita tidak kita ketahui sehinggalah Allah SWT izin kita lalui satu persatu kisah atau pengalaman dalam setiap perjalanan kehidupan.Alhamdulillah.
Hidup ini indah dengan bermacam bentuk ujian dan nikmat.Bersilih ganti.Setiap daripada kita ada garis waktu dan gelombang masing-masing menjalani rutin seharian sebagai hambaNYA.Tidak sama satu dengan yang lain.Lakukan apa yang mahu dilakukan.Lakukan apa yang Allah SWT mahu kita lakukan.Walau realitinya PC sendiri pun banyak lakukan apa yang nafsu mahukan berbanding apa yang telah ditetap dan ditentukan syarak.Allahuakbar.
Sedar tapi buat-buat tidak sedar.Memang betul-betul sedar.Atau memang tidak sedar.Setiap kita sentiasa diperhatikan.Lebih kuat kita menurut dan taat maka lebih dekat DIA melihat dengan caraNYA yang paling indah.Setiap kita adalah calon.Ya calon.
..dan calon-calonnya adalah..itu yang biasa kita tonton ditelevisyen atau dengar diradio bila mana ada sebarang pertandingan diadakan.Setiap peserta itulah calon.Secara keselurahan sebenarnya kita ini adalah calon di pandangan Allah swt.
Satu hal yang perlu diusahakan adalah jangan sampai kita menjadi calon bahan bakaran kelak.
..dan calon-calonnya adalah..itu yang biasa kita tonton ditelevisyen atau dengar diradio bila mana ada sebarang pertandingan diadakan.Setiap peserta itulah calon.Secara keselurahan sebenarnya kita ini adalah calon di pandangan Allah swt.
Satu hal yang perlu diusahakan adalah jangan sampai kita menjadi calon bahan bakaran kelak.
Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.
(Al-Jinn 72:15)
Sekian.
#sama-sama mencari redha Allah swt
Salam Jumaat PC. Semoga kita dojauhakan dr menjadi calon2 bakaran api neraka. Tak terkata azabnya.
BalasPadamSemoga kita semua dijauhkan dari tergolong dikalangan calon2 tersebut.. nauzubillah.
BalasPadamTerima kasih atas peringatan ini PC dan salam Jumaat yg diberkati.
terima kasih atas teguran kak PC
BalasPadammendalam sangat nasihat ni...
BalasPadamtk atas teguran kak, semoga kita dijauhkan dari calon bahan bakaran..
BalasPadamteguran yang cukup menjentik diri..terima kasih PC
BalasPadam