KEMATIAN DEMI KEMATIAN | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. Setiap hari ada daun yang gugur. Setiap hari ada daun baru tumbuh. Bererti setiap hari ada kematian dan ada juga kelahiran. Patah inshaAllah tumbuh. Hilang insyaAllah berganti. Namun tidak sama.
Tidak sedarah tidak sedaging, namun dari keturunan yang sama daripada Nabi Adam a.s. Daripada kelompok umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad saw. Walau tidak mengenali namun gitar kesedihan dirasai dan bahagia mendengar kebaikkan disebut-sebut sangat-sangat menginspirasi. Kalau tidak mampu lakukan kebaikkan yang serupa, lakukanlah kebaikkan semampunya dengan cara berbeza.
Kematian demi kematian.. apa pengajaran yang kita ambil. Apa kesan yang dirasai. Apa perubahan yang mesti dilakukan. Setiap orang ada gilirannya.Cepat atau lambat.Kematian tiada syaratnya. Asal DIA mahu miliknya semula. Allahu. Termenung membayangkan diri berada dalam situasi. Terbayang andai diri sendiri dijemput Ilahi. SubhanaAllah.
Moga rasa insaf terus sebati. Rasa takut sentiasa disanubari.
Tinta Perdu Cinta ❤
KEMATIAN DEMI KEMATIAN
Tags:
Santai
Kita kena selalu bersedia.. kematian datang tanpa ada amaran..
BalasPadamhidup bergiliran berguliran
BalasPadamkematian adalah permulaan...
BalasPadamkita semua akan mati teta[pi tak tahu bi;la
BalasPadamAmalan baik di dunia jadi bekalan di akhirat.
BalasPadam