Orang Tua Kita Sebenarnya..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ORANG TUA KITA SEBENARNYA .. |Bila sebut orang tua..PC merujuk khas pada ibu ayah kita.Baik ibu ayah kandung atau ibu ayah mertua.Ibu ayah tiri.Ibu ayah angkat.Andai masih ada terus santuni sebaik-baiknya.Jika sudah kembali kepada pencipta tetap juga ingati dan hargai seperti mana selayaknya apa yang patut mereka terima daripada anak-anak soleh solehah yang ditinggalkan.

Ada yang tidak sempat kenal pun siapa ibu ayahnya sedari hari pertama dilahirkan.Ada yang masih kecil sudah ditinggalkan ibu ayahnya baik bersebab,sengaja atau ibu ayah kembali kepangkuan Ilahi.Lebih parah bila anak-anak sendiri yang membuang ibu ayah dan bukan sebaliknya.Allahu.

Bersyukurlah andai Allah kurniakan ibu ayah yang baik,bertanggungjawab dan sentiasa mengacuankan diri kita agar mencari redha Allah swt.Jangan bersedih juga kalau mungkin ibu ayah tidak pernah peduli dengan keperluan zahiriah atau batiniah kita..sekarang banyak saluran yang betul boleh dimanfaatkan kerana hidayah itu milik Allah..mendekat pada yang mahu dan berusaha mencarinya.Aamiin.

Orang tua kita sebenarnya sangat sayang pada anak-anaknya.Kalau mereka marah,nasihat,cerewet atau bertindak yang tidak sealiran dengan pemikiran atau keputusan kita..itu wajarlah."Terlebih dulu makan garam"itu barangkali salah satu kata kuncinya namun disebalik itu,pengalaman atau naluri kurniaan Allah swt pada ibu ayah ini sukar diselami.Ya,memang ada ibu ayah yang melulu mengongkong segenap sudut namun itu cuma segelintir dan kecil kesnya,kerana selebihnya kalau mereka cuba menentang pasti ada sebab yang kukuh.

Kesan atau akibat kadangkala tidak terus terjadi atau dapat dilihat.Boleh jadi hari ini ibu ayah kita bercakap..nanti akibatnya kita anak-anak lihat dan rasai setelah mereka sudah tiada lagi.Bila detik itu tiba,,penyesalan bukan satu hal yang wajar kerana ianya menjadi satu yang sia-sia.Kalau ada 50 patah perkataan yang ibu ayah kita lisankan..hadam satu persatu kerana barangkali 25 patah perkataan itu besar impaknya dan 25 patah perkataan selebihnya yang dibuang begitu sahaja terisi doa-doa yang baik.Hati-hati.

Dengar dan lihat dengan mata hati itu berat..tapi kalau digunakan sebaiknya ringan sampai akhirat.

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ORANG TUA LUBUK PAHALA ANAK2 SANTUNI SEBAIKNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat betul kak PI..santunilah dengan sebaiknya dan gunalah dengan cara apa sekalipun.

      Padam
  2. Dahulu masa kecik-kecik suka aje menjawab cakap mak/ abah sekarang bila dah ada anak sendiri baharulah faham. Alhamdulillah masih ada ibu dan mak/abah mertua yang disayangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC selalu dengar orang tua-tua cakap..nak tengok macam mana kita zaman kecik-kecik..nanti dah kawin ada anak..tengok macam mana anak kita..Allahu.

      Padam
  3. Waalaikumussalam. Alhamdulillah masih ada mak ayah dan mak mertua. Moga semua anak2 menyantuni ibu bapa orang tua mereka. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Betul.Santuni mereka dengan sebaik-baiknya selagi boleh semampunya.Mereka sangat berharga dan bererti pinjaman daripada Allah SWT.

      Padam
  4. bila skarang kita dh ada ank so kita tau mcm mn perasaan ibu bapa kita dlu2 time jg kita..mereka nk yg terbaik utk ank walaupun mereka marah tp tandanya sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat.PC belum ada anak namun banyak yang PC perhatikan..kebenarannya ada..anak-anak adalah bayangan zaman kecil ibu bapanya.

      Padam
  5. kadang2 berbeza aliran politik pun boleh bermasam muka dalam keluarga ni..

    demi menjaga pertalian kekeluargaan, eloklah dielakkan subjek2 sensitif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat-sangat.Neutral sahaja itu lebih baik dan jalan selamat.

      Padam
  6. Sering mempersoalkan, mak sayang aku ke? tapi bila dah ada anak, marahkan anak diri sendiri nangis. Sebab rasa sebak. T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang mak ayah susah nak cakap sayang pada anak-anak kerana mereka lebih kepada perbuatan untuk menunjukkan rasa sayang.

      Padam
  7. Bersyukurlah sekiranya kita masih ada orang tua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur sangat-sangat kerana mereka pinjaman daripada Allah yang sangat bererti.

      Padam
  8. kasih sayang ibu ayah tak pernah putus

    BalasPadam
  9. Selagi boleh berbakti kpd ibu dan ayah, selagi itulah peluang pahala dan keberkatan yg besar buat kita. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membuka pintu keberkatan, sentiasalah kita berdoa buat mereka sama ada yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

    BalasPadam
  10. Bila dah tak ada, rindu tu sentiasa menggamit..
    Setiap perbuatan mak dan abah kita ada sebabnya.. Bila dah berkahwin dan ada anak sendiri barulah kita tahu kenapa dan mengapa tindakan mereka dahulu.. huhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama