TEMAN SEJATI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Teman sejati itu satu rezeki daripada Allah swt kepada kita. kalau ada yang beranggapan bahawa rezeki itu cuma duit atau harta benda yang berharga, sebenarnya teman sejati pun harta untuk kita yang Tuhan pinjamkan. Tetap juga kena hargai dan jaga sebaik mungkin.
Bila sebut teman sejati, tentulah yang sama dengan kita. Sama-sama manusia seperti kita. Sebenarnya memang betul tetapi tidak juga bagi sesetengah atau segelintir orang. Ada orang lebih suka berdampingan dan berkawan dengan buku. Ada yang teman sejatinya alam. Haiwan ternakan atau peliharaan seperti kucing dan sebagainya.
Teman sejati. Yang sentiasa bersama-sama kita dalam apa pun situasi atau keadaan kita atau dia. Mahal sangat. Sebab kadang Allah beri itulah cuma sekali tidak ada peluang lagi menikmati nikmat ada teman sejati. Mencari teman sejati ketika ada teman sejati itu yang kadang kurang dilakukan dan tidak kita cakna akan hal ini. Apa dan siapa sebenarnya teman sejati kita nanti.
Ya, semasa hidup, ketika di dunia mungkin agak mudah kita nak cari dan dapat teman sejati sebagaiamana yang kita mahu dan bagaimana yang Allah nak berikan. bagaiamana kisahnya kita nak cari dan dapatkan teman sejati nanti bila sudah mati. Sorang-sorang dalam kuburkan.
Teman sejati kita adalah amalan kebaikkan. Di dunia usahakan cari dengan cara apa sekalipun untuk mengumpul teman sejati ketika sudah bersendirian nanti.. caranya ada banyak. Laluannya banyak cabang. Tinggal pilih sahaja mana yang boleh kita lakukan sebaik mungkin dan berterusan juga.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Teman Sejati
Tags:
Santai
Wkmsalam
BalasPadamTeman sejati kita tentulah pasangan hidup kita.
moga teman sejati menemani kita dimana berada
BalasPadamKebaikan yang kita akan bawak sampai mati. Jadi jangan penat untuk berbuat kebaikan.
BalasPadam