بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BERBEZA
Banyak adat zaman berzaman
Mana baik boleh diteruskan
Raikan setiap perbezaan
Warna warni dalam kehidupan
Besar sungguh dahan rambutan
Rambutan gading jadi rebutan
Berbeza daripada pandangan Tuhan
Bezanya taqwa dihati insan
Manislah bicara berkata pujangga
Menambat hati sihat dara desa
Biar seribu juga sebapa
Setiap adik beradik ada perbezaannya
Hujung minggu hadiri undangan
Undangan daripada sahabat lama
Wajar ada kadar perubahan
Tidak mungkin ditakuk yang sama
Juadah lazat menambat selera
Ambil sahaja asal berpada-pada
Berbeza tidak bererti sengketa
Berbeza boleh duduk semeja
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berbeza
Tags:
Pantun
ya betul pc..marilah raikan perbezaan
BalasPadamTidak perlu bersengketa Dan fahami sesama sendiri
BalasPadamMemahami perbezaan menghormati pendapat masing-masing ni perlu ada kan baru tak teruk salah faham
BalasPadambila berbeza baru ada warna kehidupan kan
BalasPadam