Perbetulkan Lagi Dan Lagi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PERBETULKAN LAGI DAN LAGI | Alhamdulillah hari ini kita masih di sini.Bernafas dengan rasa syukur atas izin Allah swt.Biarpun pelbagai rasa membelenggu,namun kesabar yang ada masih menetapkan hati kita untuk terus mematuhi setiap arahan.Allahuakbar.Andai kita mampu untuk mematuhi setiap arahan,jangan marah pada mereka yang ingkar kerana ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada sikap orang lain juga supaya kita dan PC khasnya tidak lakukan hal yang sama.

Perintah kawalan pergerakkan dua minggu pertama bakal berakhir.Keadaan tetap sama.Sepi di sana sini.Sunyi.Biarpun telah ditetapkan tempoh seterusnya iaitu dua minggu di fasa kedua,jauh disudut hati sentiasa berharap semua ini segera berakhir dan pulih sepenuhnya.Hati dan fikiran terus ingat insan-insan disayangi yang berada di kampung."Ya Allah jagakan mereka untukku..kerana Engkau sebaik-baik penjaga".

Manusia tidak mampu menjangka apa sahaja takdir yang bakal ditentukan oleh Allah swt.Sedangkan Allah sentiasa tahu apa yang berbisik-bisik dalam hati setiap kita ini.Setiap doa-doa kita asalnya daripada banyak keinginan.Dalam situasi sekarang doanya mahu semuanya segera berakhir menjadi seperti keadaan sediakala malahan mahunya lebih baik lagi..bila sentiasa mendengar peningkatan kadar kes yang kian meningkat..terdetik dihati kecil ini...masih banyak yang mesti diperbetulkan lagi dan lagi..nampak macam keci dan tidak penting,namun kadang perkara yang kita anggap kecil itulah besar kesannya.

related image
Perbetulkan Lagi Dan Lagi

Banyak perkara PC sendiri mesti perbetulkan.Ubah.Terutama akhlak.Lebih menjaga hubungan dengan Allah swt.Sentiasa sabar.Tenang.Adakalanya kita sendiri yang mengundang ujian.Justeru itu,dikesempatan ini,kita semua tenangkan diri,terus sabar dan lebih merapat denganNYA.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. moga segalanya kembali pulih seperti biasa

    BalasPadam
  2. bila berlaku wabak macam ni dan melihat begitu banyaknya kematian, kita jadi insaf dan mahu perbaiki diri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut sendiri sebenarnya..risau dengan doasa yang banyak.

      Padam
  3. Diri.mma.pun byk X sempurna.. masa.mcm.ni la Kita boleh renung diri kan

    BalasPadam
  4. Masih terlalu bnyk perkara yg perlu diperbaiki pada diri ini. Moga diampunkan segala dosa2 baik yg disedari atau pun tidak. Moga Allah melindungi dan memberkati kita semua.. aamiin.

    BalasPadam
  5. dekatkan diri dengan DIA.. pasti hati kita lebih tenang. <3

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama