بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SETITIS AIR MATA
Jernih
Daripada siapa pun
Bila detiknya pun juga
Seperti embun yang menitis
Setitis air mata
Berbeza nilainya
Berbeza pengertiannya
Berbeza keperitan dan kepedihannya
Setitis air mata
Mampu menjadi pemula
Pemula bahagia
Pemula bencana
Lihat puncanya
Setitis demi setitis
Jangan biar deras
Biar telah kering setiap titisannya
Kesannya tetap terlihat jua
Kesan itu mematahkan hati
Mengoyakkan perasaan
Walau ditutupi dengan segaris senyuman
Setitis air mata
Datangnya kerana rasa
Daripada rasa
Menyentuh rasa
Sekian.
#moga Allah SWT tidak berpaling
Tags:
Santai
berhentilah menangis kerana air mata itu mahal. Cuma menangis bila mengadap Allah 5X sehari tu...
BalasPadamAamiin.Betul.Nangis sungguh-sungguh.
PadamKadang sendiri lokek nak jatuhkan air mata, tapi ada ketikanya perlu agar rasa kepuasan dalam diri huhuhu..
BalasPadamBetul.Ada kata kalau nangis itu lemah,,tapi nangis itu mengurangkan beban perasaan sebenarnya.
PadamAda yg berkata, adakala air mata itulah kekuatan, air mata itulah yg menjadi asbab makbulnya sesuatu doa.. subhanallah.
BalasPadamBetul..lebih-lebih lagi doa dan air mata ibu bapa..
Padamaida ni pantang tgk movie sedih. bergenang aje air mata :) ha ha ha ha...
BalasPadamanak-anak tau dah pe'el ibu nyer nih.
baik citer happy. or citer sedih.