Betul-betul Bernafsu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BETUL-BETUL BERNAFSU |Pada nafsu itu ada keinginan.Ada rasa.Mungkin lebihnya pada kehendak.Menjurusnya ke situ.Bila sebut bernafsu yang terlihat dan dibayangkan suatu yang kurang baik.Namun begitu bagi PC sendiri nafsu itu perlu dalam diri manusia.Perlu dirangsang dan mesti dikawal.Diacuankan dan dipandu dengan sebaik-baiknya dan betul.Perlu!

Apa yang PC nak sentuh di sini adalah betul-betul bernafsu pada perkara yang betul dan tepat.Bukan salurkan nafsu pada laluan yang salah,tersasar dan gelap.Hujungnya binasa nanti.Nauzubillah.

Betul-betul bernafsu.Contoh mudah dan paling ringkas.Bila makan,makan sungguh-sungguh tapi jangan tamak dan gelojoh.Tidak baik kurang sopan.Bila buat kerja,buat dengan semangat bernafsu tapi jangan terburu-buru atau menyusahkan orang lain.Ketika mendirikan dan menunaikan apa sahaja kebaikkan dan ibadah,lakukan dengan bernafsu.Fokus dan hati tidak berbelah bahagi.Begitu juga dengan hal-hal lainnya.

Pada nafsu itu tidak hanya ada negatif.Negatif itu timbul bila ianya berdampakkan berlebihan atau keterlaluan,sedangkan dalam nafsu itu ada semangat positif yang boleh ditonjolkan dan digilap,ada kemahuan yang boleh dipandu dengan baik dan betul.Bayangkan kalau beribadah tiada nafsu maka lesu dan malas jadinya.Bila tiada nafsu makan memudharatkan tubuh badan akhirnya.Tumpul nafsu ketika melunaskan kerja-kerja atau tugasan tidak mustahil menimbulkan banyak masalah lainnya juga.

Betul-betul bernafsu,menghasilkan banyak hal yang dapat kita lihat hari ini,cuma perlu bijak memilih dan mencontohi.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Zikrullah lah agar keinginan yang jahat akan lemah..
    datang baca di blog Etuza ya..

    BalasPadam
  2. NAFSU ITU KEMAHUAN N PERLU NYATAKAN YG SEBENARNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita tidak tergelincir kerana nafsu.Aamiin

      Padam
  3. Nafsu perlu dikawal untuk melaksanakan sesuatu yang baik sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.Betul tu Wak supaya kita jauh daripada nerakan Allah.

      Padam
Terbaru Lebih lama