Betul Ke Kerana Air Tangan Ibu Atau Sebenarnya

BETUL KE KERANA AIR TANGAN IBU ATAU SEBENARNYA. 
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sedari kecil kita makan masakan ibu kita. Ibu kita suap makanan ke mulut kita. Bukan bermakna ayah kita tak menyuap makanan pada anak-anaknya tapi yang lebih selalu tentunya ibu kerana lazim ayah keluar bekerja mencari rezeki. Itu dulu, namun seiring beredarnya zaman dan waktu zaman sekarang sudah ramai para bapa atau suami bekerja daripada rumah dalam masa yang sama boleh mengasuh anak-anak juga. Alhamdulillah. Air tangan si ibu selalu dirindui oleh anak-anak. Nikmatnya lain macam. Masaklah lauk mudah campak-campak je pun tetap sedap ditekak si anak, kerana inilah yang PC rasakan.

Anak-anak selalu mahukan air tangan ibunya. Ibunya pula mahu menikmati hasil air tangan anaknya juga. Jadi sama-sama memasak, bergabung dengan menu masing-masing. Adil pada tempat dan keadannya. Sama-sama gembira dan bahagia. Ada anak atau anak menantu tak kitalah lelaki ke perempuan ke memang suka memasak. Tak kering tangan. Dan ibu serta mertuanya tidak kisah. Ada pula ibu dan ibu mertua yang tak berapa gemar anak dan menantunya memasak kerana lebih puas hati diri dia sendiri yang memasak dan mengurus segala menu di dapur untuk dihidangkan. Ada ya. jangan terkejut atau berasa pelik sebab PC dah jumpa. Dia tak puas hati bila anak atau menantunya yang memasak. Untung anak dan menantu ya. Rezeki tu.

Tapi

Ada juga sebaliknya yang berlaku di mana anak atau anak menantu lebih gemar makan dan tunggu masakan dari air tangan ibu atau mertuanya. Sesekali tidak menjadi masalah. Tapi kalau setiap hari dan sentiasa PC rasa ianya bukan suatu yang wajar. Apatah lagi dengan alasan nak makan masakan ibu sendiri atau mertua. Nak air tangan orang tua baru ada selera. Mungkin betul. Namun percayalah setiap niat kita Allah swt tahu. Kalau memang niat nak makan air tangan ibu, tidak mengapa tapi kalau nak bermalasa-malasan kemudian beri alasan nak makan masakan ibu itu satu yang tidak patut berlaku dan dilakukan. Suatu masa awak ada anak, ada menantu, tidak mustahil ianya berlaku kepada awak. Hati-hati oii. Namanya seorang ibu, rasa empatinya sangat tinggi. Setua apa pun, seletih apa pun ketika itu bila anak meminta tentu sedaya upaya dipenuhi. Tapi sebagai anak dan menantu, bukalah mata hati.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Betul Ke Kerana Air Tangan Ibu Atau Sebenarnya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada juga yg suka air tangan mamak... hehehehe

    BalasPadam
  2. saya asalkan sedap, telan je :)
    nak sedap masaklah sendiri hahaha

    BalasPadam
  3. Saya lebih suka masak sendiri. Sian kat ibu. Sedap Tak sedap belakang kira. Satu kelebihannya, bila pergi rumah mertua takde la takut² nak masak... Dah terbiasa masak kan. Cuma masa anak Dara dulu la suka naw masakan ibu. Nak manja². Tapi mak selalu nasihat suruh masak sendiri, Kang tak reti masak. Hahaha...

    BalasPadam
  4. mamak saya pulak, tiap kali call cakap nak rasa air tangan saya 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  5. Kalau ibu sy, dia paksa makan 'air tangan' dia

    BalasPadam
  6. Bermalasan tu tak patut lansung. At least tolong apa yang patut.

    BalasPadam
  7. air tangan ibu paling sedap! tp sesekali biarlah mereka berehat seketika..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama