Eh,Kenapa Tak Sama!

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

EH,KENAPA TAK SAMA! |Biarpun kembar seiras..akan ada perbezaannya walau pun perbezaan yang kecil sahaja.Tidak sama itu membuktikan kekuasaan Allah swt.Dan kalau sama sekalipun itu juga membuktikan kekuasaan Allah swt untuk kita hamba-hambaNYA sentiasa berfikir.

Timbul pertikaian.Perdebatan.Buat orang tertanya-tanya.Kadang bingung walau tak perlu pun sampai tahap bingung berdengung.Santaikan sahaja.Bawa bertenang.Bawa borak di warong sambil minum secawan kopi ke..teh ke..horlick ke..atau pun milo.

Mungkin ini cuma kes atau perkara kecil sahaja.Tapi PC percaya ianya menimbulkan banyak isu walau cuma tahap sebarannya tu di kampung-kampung sahaja..hehehe.Eh,kenapa tak sama!

Ayahnya ustaz,imam,bilal,baik lagi soleh kenapa anaknya macam tu..
Ibunya sopan,berakhlak kenapa anaknya tak ikut akhlak ibunya..
Anaknya bagus tapi mak ayahnya perangai tak semenggah mana..

Bila kita melihat perbezaan atau percanggahan sikap,tingkahlaku atau apa sahaja,bersangka baiklah.Siapa pun kita.Siapa pun mereka.Apa pun hubungan atau pertalian mereka dan kita...ingat,manusia tetap manusia..setiap kita ada pakej masing-masing.Ada buku takdir sendiri-sendiri.Ada orang sangat mudah menurut kata dan nasihat.Ada juga sebaliknya.Ada orang mudah mencontohi yang baik-baik dan ada juga sebaliknya.Sebenarnya bukan sahaja dilakukan orang lain..dalam keluarga kita pun ada potensi untuk berkelakuan seperti itu.

Kalau kita manilai kebaikkan seseorang itu..tumpu pada dia sahaja.jangan lihat susur galurnya.kalau kita melihat keburukkan orang lain pun sama juga..tumpu pada dia sahaja jangan dikorek kisah insan-insan disekelilingnya.Tidak perlu pelik kalau langkahnya seperti tidak seiring.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ialah PC sebab itu orang kata iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah/ibu kepada anak/ keluarga.

    BalasPadam
  2. Semoga yang baik2 tu menjadi contoh teladan kepada kita

    BalasPadam
  3. Yang menjadi perbezaan itulah yang kerap menjadi persoalan. Semoga kita semua jauh dari sifat buruk sangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..sedangkan semuanya atas mahunya Allah dan bagaimana usaha kita manusia.

      Padam
  4. ini lah yang Raihan duk nasyid, "iman tak dapat diwarisi...dari seorang ayah yang bertaqwa"

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama