Impian-impian Kecil

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

IMPIAN-IMPIAN KECIL | Impian? ..PC pun ada impian. Sahabat-sahabat blogger ada impian?. Besar atau kecil. Sedikit atau banyak.Impian tetap impian. Diwarwarkan atau disimpan dalam hati dan fikiran.Terserah.Itu semua hak dan pilihan masing-masing.Barangkali boleh dikongsikan dan mungkin andai terlalu peribadi ada baiknya dirahsiakan. 

Impian-impian kecil. Terkadang cuma sekadar lintasan dihati dan fikiran. Terkadang macam tidak yakin untuk dilakukan. Terkadang seperti mengarut difikiran dan pandangan. Namun dalam banyak berteka teki ada masanya impian-impian kecil itu boleh menjadi kenyataan besar dan bererti. 

Andai melihat gahnya bangunan.Indahnya senibina. Menawannya pemandangan.Tersohornya nama-nama seseorang individu.. dulunya bermula daripada impian-impian kecil yang dibangunkan dengan usaha dan semangat. Dirintis dengan doa-doa yang tidak putus dan tidak jemu. 

Percikkan api biarpun kecil dan halus bila ditentukan dengan minyak... Maraklah ia.Begitu juga impian-impian kecil.. andai sentiasa dipacu dengan betul dan baik.. Tidak mustahil menjadi satu kenyataan yang besar impaknya. 

Sekian. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Adaaa PC, impian Sis sekarang tak lain nak menunaikan umrah bersama keluarga semua...insyaAllah doakan impian Sis dipermudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.Aamiin.Aamiin.InshaAllah Sis..impian yang baik kerana Allah lambat macam mana pun ada jalan mudahnya.

      Padam
  2. Ada...nak hasilkan satu varieti baru utk keladi hiasan...dan semoaga impian PC pun tercapai

    BalasPadam
  3. semoga impian kita semua tercapai

    BalasPadam
  4. Memadai impian2 kecil
    asalkan terlaksana

    BalasPadam
  5. setiap orang bermula dari bawah..anak CEO pun keluar2 masa bayi kena bertatih dulu sebelum jadi waris keluarganya...

    BalasPadam
  6. Impian2 kecil yg membawa manfaat pasti besar berkatnya, apatah lagi jika impian besar itu membawa kebaikan sejagat. Moga Allah sentiasa memberkati semuanya.. aamiin.

    BalasPadam
  7. semestinya ada da x salah pun pasang impian sbb semua percuma. kdg2 walau kita tahu impian tu xleh dicapai kita tetap nak impi sbb itu buat kita happy..

    BalasPadam
  8. impian kecil dan impian besar pun banyak PC..semoga impian2 yg baik tu dimakbulkanNya..InsyaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama