Perut Kalah Dengan Nafsu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PERUT KALAH DENGAN NAFSU | Siang panas sangat terik. Tapi Allah sejukkan sedari senja waktu sedang elok masing-masing sedang berbuka puasa, diturunkan hujan yang lebat.Moga menjadi hujan yang bermanfaat dan mewah keberkatan.Aamiin.

Masing-masing berasa lain. Lain berpuasa dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan. Tempoh PKP yang tidak pernah terbayang dan sangat-sangat di luar jangkaan kita.Namun dalam ketentuan Allah SWT. Terkesankah. Ya, masing-masing sangat terkesan.Terbebankah.Ya,ada yang berasa terbeban. InshaAllah bantuan sentiasa ada. Banyak dan ramai perantara daripada-NYA.

Alhamdulillah sudah masuk hari ketiga berpuasa. Tiada bazar Ramadhan. Namun ada sahaja peniaga mengambil pendekatan berniaga juadah berbuka melalui "online".Tidak pun berjual di rumah.Sesiapa sahaja boleh datang terus ke rumah untuk membeli.Bila perniagaan sudah menjadi darah daging dan sumber pendapatan..mahu tidak mahu terus kayuh. Bissmillah. Tawakkal. 

Biarpun PKP. Walau apa seadanya. Aura berpuasa ini agak lain sedikit. Rasanya seperti selesa mahu cukup satu menu atas meja. Paling tidak pun dua tiga jenis menu. Itu sebelum berbuka. Sesudah itu perut kalah dengan nafsu. Mana boleh bawa ke sahur,ulang makan waktu sahur. Elakkan pembaziran ya. 

Sekian. 

sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ya, kami pun sini satu menu aje untuk berbuka..kalau dua tiga pun, masih menu simple2 dengan amaun untuk 3 orang makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal tidak membazir itu yang terbaik kan..meriah nie makan beramai-ramai.

      Padam
  2. Rasa lain sangat tahun ni kan..moga ada hikmahnya..selamat berpuasa sis

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama