بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
RAMADHAN 1441H | SubhanaAllah.Esok menjadi hari pertama.Hari pertama umat Islam seluruh alam melunaskan rukun Islam ketiga.Berpuasa di bulan Ramadhan.Allahu Allah.Bahagia.Gembira.Sebak.Semua rasa ada bercampur baur dalam jiwa.Dirangkumi menjadi rasa syukur yang teramat sangat.Sekali lagi Allah beri rezeki.InshaAllah.
Jumaat keenam,maaf kalau silap tanpa terbukanya pintu-pintu masjid untuk dikunjungi.Tiada khutbah.Sayu sangat namun apakan daya.Dapat dengar azan solat fardhu masih lagi berkumandang disatu dua buah surau pun itu sudah melegakan hati.Sudah memvitaminkan pendengaran.Menghidupkan jiwa yang banyak lalainya seharian.
Ramadhan kali ini mungkin tidak sama seperti ramadhan sebelum ini.Ramadhan kali ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan-PKP lagi.Dua minggu pertama itu pahit.Lama kelamaan pahit makin beransur pergi.Anggap Allah swt sedang mentarbiah hati kita.Mengacuankan nafsu kita.Meningkatkan keimanan kita semua.MasyaAllah.Kita semua sangat kerdil untuk menentang sedangkan segenap apa yang ada pada kita adalah milikNYA juga.
Dalam pergerakan.Dalam lisan.Dalam fikiran.Dalam tindakkan.Ada sahaja campurtangan nafsu.Berat nafsu baik,baik jadinya.Banyak nafsu yang kurang baik maka begitulah pula jadinyakan.Ramadhan dikenal bulan umat melentur nafsu dan kali ini buat pertama kalinya nafsu kita lebih awal Allah swt lentur dan tundukkan dengan caraNYA.
Moga 1 Ramadhan 1441H ini yang jatuhnya pada hari Jumaat bersamaan 24 April,membawa sebanyak-banyaknya keberkatan untuk kita sekalian umat Islam di mana sahaja berada.Gunakan peluang dan kesempatan yang ada sebaik-baiknya.Sama-sama beribadah bersama-sama keluarga.Sama-sama mengecapi manisnya Ramadhan kerana Allah swt.
PC dengan rasa rendah hati,memohon maaf atas setiap khilaf baik sengaja atau tidak disengajakan dalam berkongsi sebarang entri di blog ini.Mengguris itu tidak hanya dengan perbuatan atau tindakkan,kerana dengan coretan dan tulisan juga mampu menyakiti orang lain.Maafkan PC ya sahabat-sahabat blogger yang dihargai,dihormati dan dianugerahi Allah swt untuk PC.Moga Allah swt permudahkan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain juga untuk kita semua lunasi.Aamiin
Ramadhan 1441H | PeRdU cINta
Selamat menunaikan solat sunat tarawih semua.Selamat bersahur juga.
Sekian
sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai
salam ramadhan.. selamat berpuasa =)
BalasPadamsalam Ramadhan jua...selamat menunaikan ibadah bulan puasa...
BalasPadamsalam ramadhan dan selamat berpuasa
BalasPadamSalam Ramadan mubarak dan selamat berpuasa PC. Semoga Ramadan tahun ini membawa lebih keberkatan buat kita semua... aamiin2 ya Rabb.
BalasPadamSama-sama PC. Mrs. A pun mohon maaf juga ya...
BalasPadamRamadhan Kareem :-)
salam Ramadan buat PC sekeluarga
BalasPadamSalam Ramadan Kak PC =)
BalasPadamSalam Ramadan ya
BalasPadamRamadhan Kareem.. selamat berpuasa
BalasPadam