Berjaga-jaga Itu Mesti Sentiasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERJAGA-JAGA ITU MESTI SENTIASA

Cantik sungguh hiasan renda
Renda dijahit berbenang jingga
Bahaya itu sentiasa ada
Berwaspada tiada ruginya

Tersusun rapi atas meja
Makan mana didamba tekak
Amaran penting jangan dibiar sahaja
Ambillah tahu tegaslah bertindak

Lenggang lenggok jalan bersahaja
Sesekali menoleh apa seadanya
Tidak salah bertawakkal padaNYA
Namun usaha tetap ada nilai daripadaNYA

Satay kambing satay rusa
Ada yang menolak ada yang menggemarinya
Tidak kira di mana sahaja
Harus sentiasa berjaga-jaga

Sederhana bila berdandan
Lebih menawan lebih serinya
Jagan asyik cintakan kebendaan
Bukankah keluarga juga harta

Seluruh alam takbir bergema
Izin Tuhan kita raikannya
Jagalah iman jaga agama
Itulah harta paling berguna

S e k i a n

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. in shaa allah PC terima kasih atas peringatan

    BalasPadam
  2. Teringat kata2 ustaz, Allah tidak menyukai golongan yg melampaui batas. Sama2lah kita sentiasa berjaga2 dlm setiap perkara kehidupan ini. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
  3. Sejak Kak Sue diberi ujian bertalu-talu Kak Sue lebih berjaga dari semua segi.. Semoga Allah beri kekuatan selalu..

    BalasPadam
  4. dalam musim covid-19 ni kena sentiasa berjaga-jaga..tiberrr

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama