Bila Banyak Bertanya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA BANYAK BERTANYA.Malu bertanya sesat jalan.Maka bertanyalah supaya kesilapan boleh diminimumkan.Itu niat pada awalnya digalakkan bertanya.Lebih banyak bertanya lebih banyak yang kita ketahui dan kita juga mula sedar sebenarnya lebih banyak yang tidak kita ketahui.Itulah gunanya ringan mulut bertanya.

related image
Bila Banyak Bertanya

Bila banyak bertanya,benarkah ianya sesuatu yang disenangi atau membuat orang jadi kurang selesa dengan diri kita.Sebenarnya perlu dilihat juga apa jenis pertanyaannya.Bagaiamana cara atau pendekatan yang kita gunakan untuk bertanya.Kembali kepada niat asal kita bertanya.

Ada orang sangat suka bertanya.Bertanya itu dan ini.Ada orang cukup bila perlu sahaja barulah bertanya.Ada orang langsung tidak suka bertanya kerana suka lakukan sendiri sehinggalah bila betul-betul perlu sahaja.Itu posisi yang bertanya.Bagaimana yang ditanya.Sebelum kita bertanya,lihat juga reaksi orang yang kita mahu ajukan pertanyaan,tidak semua orang berlapang dada untuk menjawab setiap pertanyaan.Sesetengan orang sangat mudah dan mengalu-alukan apa sahaja pertanyaan.

Jaga batas dan mesti beradab.Mahu bertanya ada batas dan adabnya.Ibarat mahu masuk rumah orang mesti beri salam dan minta izin dahulu,begitu jugalah bila mahu bertanya kerana penerimaan orang tidak sama satu dengan yang lain.Tidak boleh terus terjah tidak tentu pasal.Elakkan.Sensitiviti orang berbeza-beza.Ada yang boleh bergurau.Ada yang tidak boleh bergurau.Begitu juga dalam menerima pertanyaan.Ada yang sangat terbuka dan ada yang sangat tertutup.Mungkin sesetengah orang sangat tidak senang dan selesa bila asyik ditanyakan.

Ingat ya,bila banyak bertanya ada banyak kebaikkan yang kita dapat namun begitu untuk mendapat kebaikkan yang banyak itu jangan sampai memberi kesan kurang baik kepada orang lain.Sama-sama selesa,gembira dan mendapat manfaat itulah yang paling baik sekali.

Sekian

Semua akan indah pada waktu yang tepat 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mmg bgs byk bertanya sbb bole dpt info apa yg kita tk phm..tp kalau byk bertanya benda yg merepek rasanya annoying juga la...better bertanya apa yg perlu shj

    BalasPadam
  2. suka kalau bebudak jenis suka bertanya tapi bukan jenis banyak songeh hehehe

    BalasPadam
  3. byk bertnya tak apa, tapi jgn terlalu byk kali tnya soalan yg sama eehheheh

    BalasPadam
  4. Bertanya yg tidak tahu membuat Kita berilmu..

    BalasPadam
  5. masuk kelas tahun 1, mmg ramai asyik bertanya..kadang benda sama duk tanya ulang2..kenangan kelas secara bersemuka :(

    BalasPadam
  6. Jaga adab dalam setiap situasi.

    BalasPadam
  7. Memang bagus banyak bertanya nie tapi biarlah kena tempatnya..

    BalasPadam
  8. Banyak bertanya ni, tengok keadaan. Elakkan tanya soalan sensitif dan jangan tanya soalan sama banyak kali.

    BalasPadam
  9. bagus bertanya supaya tak sesat jalan. sbelum bertanya minta izin dahulu adakah ok atau tak.
    kekadang orang tu dia risau, tapi pertanyaan mereka tanpa sedar mengguris hati orang lain.

    BalasPadam
  10. Bertanya jika masih ragu ragu dan tiada jawapan. tapi kalau soalan tu dah dijawab ada jawapan, akan menimbulkan kurang senang pula. Tengok pada keadaan dan masanya juga.

    BalasPadam
  11. betul, nak tanya pun tak boleh serkap jarang..observe dulu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama