بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BLOGGER JELAS MATLAMAT USAHA LEBIH GIAT | Matlamat seperti jantung yang mengepam darah.Lebih laju jantung berdegup lebih deras,laju dan kuat peredaran darah ke seluruh tubuh,namun begitu jika berlebihan ianya boleh membawa bahaya kepada diri seseorang.Matlamat.Semua orang ada matlamat.Bezanya tidak jelas matlamatnya atau sudah mempunyai matlamat yang jelas.
Mempunyai matlamat yang jelas memudahkan.Kurangkan berfikir yang bukan-bukan dan inshaAllah lebih mudah mengatur perancangan yang selayaknya boleh dilakukan.Penting sangat ke ada matlamat yang jelas.Penting.Bila sudah jelas,laluan sukar menjadi mudah,alasan menjadi minimum dan paling utama usaha pun menjadi lebih giat.
Usaha dahulu kemudian hasil.Bila melihat hasil terlebih dahulu sekalipun pasti usaha apa dan bagaimana yang akan dianalisis sehingga membuahkan hasilnya.Bukankah begitu.Seorang blogger juga tidak terkecuali perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam menghidupkan blognya.Membuat keputusan mahu menjadi seorang blogger sedari awal sudah tentu ada matlamatnya.Ada niatnya yang mungkin cuma diri sendiri dan Allah SWT sahaja yang tahu.Sahabat-sahabat yang singgah,cuma membaca dan mengambil isi-isi kebaikkan sahaja sedang disebaliknya pemilik blog sahaja yang lebih berusaha merealisasikan matlamat dengan seberapa banyak usaha yang giat dilakukan.
Dalam setiap apa pun cara mencapai matlamat selain menjadi seorang blogger sekalipun sebenarnya,jangan sampai sesat,jangan sampai khianat,jangan sampai lupa matlamat paling utama mencari redhaNYA dan berkat.
Blogger Jelas Matlamat Usaha Lebih Giat
Sekian
sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Samalah. Blog uncle yg nampak main-main tu pon sebenarnya ada matlamatnya....
BalasPadamSetuju uncle.Cuma berbalik pada penilaian yang membaca dan melihatnya bagaimanakan.
PadamBERUSAHALAH CAPAI MATLAMAT PASTI
BalasPadamSemampu yang boleh kan Kak PI.
Padamsemua perkara ada matlamatnya, harap matlamat yang baik-baik lah =)
BalasPadamBetul sangat Mizi.InshaAllah.Aamiin.
Padamsemua perkara ada matlamatnya, harap matlamat yang baik-baik lah =)
BalasPadamMoga kita semua dapat mencapai matlamat dalam berblog, terutamanya beroleh berkat dalam berkongsi pengetahuan serta menjalin ukhwah silaturrahim, in shaa Allah.
BalasPadamMudah2an entri2 yang kita hasilkan ada manfaatnya kepada orang lain
BalasPadamKadang Kak Sue rasa penat nak jaga blog sebab nak naikkan uv pv semua tu.. tapi bila pikir balik.. mula-mula matlamat Kak Sue buat blog nie sebab apa.. Kak Sue jadi relaks sikit dan cuma follow the flow aja lah..
BalasPadambetul tu...menulis lah yang baik2...moga ada manfaat untuk orang lain...
BalasPadam