بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CAHAYA SYAWAL |Ramadhan semakin menyusut jumlahnya.Untuk tahun ini,ditahun 2020,1441H Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.Madarasah Ramadhan bakal berakhir.Sayu yang bertimpa-timpa.Moga ada lagi rezeki Ramadhan untuk kita untuk sekian kalinya nanti.Aamiin.Sedia maklum pergerakkan masih ladi dibatasi.Semua mesti tetap menjaga dan berjaga-jaga.YA,solat di surau dan di masjid sudah dibenarkan namun ada had pada jumlah dan tetap sahaja perlu menjaga jarak.Bila masjid,surau sudah mula diperbolehkan untuk diimarahkan semula biarpun bersyarat,sebenarnya itu sudah besar nikmatnya.SubhanaAllah.
Cahaya Syawal.Syawal sentiasa dinanti-nanti kerana lazimnya Syawal menjadi satu bulan untuk saling bertemu dan berkumpul bersama-sama.Waktu inilah semuanya menjadi rapat,akrab dan terpancar keceriaan serta kegembiraan di wajah-wajah insan.Allahu.Meronta-ronta hati untuk berkumpul bersama-sama keluarga.Membara rasa dan semangat mahu pulang ke kampung halaman.Namun apakan daya situasi tidak lagi mengizinkan.
Cahaya Syawal | Google Image
Syawal kali ini Allah tidak mengizini kita saling berkumpul dalam kelompok yang lebih besar dan ramai.Waima bertemu keluarga pun suatu yang ditegah buat seketika waktu,terutama rentas sempadan negeri.Barangkali Allah mahu kita belajar bermula sedari bawah dan awal semula.Berubah sikap,lebih menyayangi,lebih menghargai dan lebih rasa rindu daripada sanubari.Hargai insan paling terdekat terlebih dahulu kemudian sebarkan kepada yang lain pula dengan cara yang betul.Moga setiap dugaan ini bukan satu alasan cahaya Syawal kita menjadi suram dan gelap kerana boleh jadi ini menjadi satu titik permulaan pada satu hikmah yang paling besar dan indah nanti.InshaAllah.Aamiin.
S e k i a n
RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI
Tags:
Santai
Selamat menyambut Syawal new normal
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamRasa kejap dah nak Syawal dah kan.. sedih pulak.. dah la tahun nie tak dapat nak ke masjid..
BalasPadamBetul tu kak Sue.Sayu rasa.
PadamSYAWAL BERSERI SELAMAT AIDILFITRI
BalasPadamTerima kasih kak PI.
Padam