بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CERITA TENTANG KITA |Hidup manusia ini ada banyak versinya.Ada pelbagai babaknya.Ada berjenis liku dan warnanya.Sedari dalam rahim si ibu sebenarnya sudah bermula kisah-kisahnya sehinggalah kembali menghadap Allah SWT.
Lebih lama diberi rezeki usia di dunia maka lebih banyak dan pelbagailah pengalaman hidup yang ditempuhi satu per satu.Mahu disimpan sendiri atau mahu dikongsi setiap apa yang dilalui itu hak dan pilihan masing-masing dalam memaknakan setiap kisah.Kadang-kadang kita sembunyikan tetapi orang lain warwarkan.Adakalanya kita yangbersungguh kongsikan sedang orang lain tidak mahu ambil kisah sedikit pun.Begitulah kehidupan.
Cerita tentang kita mungkin ada yang sudah dilupakan.Ada yang sudah diabaikan.Ada juga yang tidak mahu disimpan dalam fikiran.Namun semuanya tercatat dan tersimpan rapi dalam buku catatan masing-masing untuk dibentangkan suatu saat nanti.Moga yang samar dan kabur dapat terpadam dengan bersungguhnya taubat kita sebagai hamba.
Satu masa nanti kita akan dikenang dengan cerita-cerita sahaja.Cerita baik atau cerita buruk.Cerita manis atau cerita pahit.Diketika itu barangkali ianya menjadi satu pengaruh atau kesan besar pada insan disekeliling yang telah kita tinggalakan dan memberi kesan mendalam pada orang lain juga.Cerita tentang kita moga menjadi buah mulut para malaikat dan bidadari syurga.Dikenali dan terkenal dengan sejernih-jernihnya kisah.Aamiin.
S e k i a n
RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI
Tags:
Santai
moga cerita kita yang baik2 saja yang disampaikan pada orang lain...
BalasPadamBetul.Aamiin.Aamiin.Aamiin.Supaya yang dekat dengan kita nantinya nikmat kan SS.
Padamwaalaikumussalam. selamat berbuka kak PC. alhamdulillah selepas 2 bulan, baru nak aktif semula blogwalking :D
BalasPadamSelamat kembali Umi.
Padammoga cerita yang baik-baik sahaja =)
BalasPadamAamiin.InshaAllah.
PadamBuatlah yang baik2
BalasPadamMudah2an cerita yang baik2 nanti kita tinggalkan
Setuju sangat-sangat.
Padam