Dapat Jangan Seronok Sangat Tidak Dapat Jangan Sedih Begitulah Hidup

DAPAT JANGAN SERONOK SANGAT TIDAK DAPAT JANGAN SEDIH BEGITULAH HIDUP | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Mengawal perasaan bukan perkara mudah. Kadang apa yang dilakukan diluar kesedaran dan tanpa berfikir pun sebenarnya. Mudahnya adalah bertindak di luar pertimbangan. Bercakap ikut mahunya. Bertindak sesukanya. Begitulah lazim yang dilakukan.Nanti bila sudah reda, bila sudah tenang,bila sudah sedar, masa itulah macam-macam rasa timbul.

Kadang-kadang kita tidak suka pun sebenarnya dengan apa yang kita lakukan dan itu bukan diri kita juga pun. Namun ada masa ianya berlaku dan dilakukan secara spontan sahaja. Tekanan,desakkan boleh jadi juga menjadi faktor penyebabnya. Seolah-olah lupa diri. Justeru itu jangan hairan bila orang lain pun hairan melihat kita.

Menyimbangkan hidup bukan mudah. Ada masanya beratnya ke sini. Ada ketikannya condongnya ke sana. Ada sahaja kurangnya di mana-mana. Itulah manusia. Daripada setiap kesalahan itulah kita belajar menjadi lebih baik dan berubah menjadi insan lebih taat. Itulah bezanya kita dengan para nabi. Lainnya kita dengan Rasulullah SAW.

Justeru, bila dapat sesuatu jangan seronok sangat-sangat risau terlupa itu cuma pinjaman sahaja. Bila tidak dapat pun jangan sedih keterlaluan kerana yang tahu apa yang terbaik cuma Allah SWT. Begitu jugalah dalam melakukan sesuatu. SERONOK DAN SEDIH TIDAK SALAH, salah bila berlebihan hingga melalaikan. 
Moga hati kita sentiasa Dan semakin dekat dan takut dengan Allah SWT. 

S e k i a n
Tinta Perdu Cinta ❤
Dapat Jangan Seronok Sangat Tidak Dapat Jangan Sedih Begitulah Hidup





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama