Lebih Baik Lebih Daripada Tidak Cukup Tapi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

LEBIH BAIK LEBIH DARIPADA TIDAK CUKUP TAPI | Mengurus keperluan dan kehendak bukan perkara mudah.Bagi PC ya.Boleh jadi pada orang lain mengurus keperluan dan kehendak sangat mudah sahaja.Alhamdulillah.Maklumlah kerana setiap orang ada cara masing-masing.Ada strategi sendiri juga.Tak gitu.

Ketika membeli.Ketika memasak.Dua perkara ini yang sering PC lihat ada potensi untuk terjadinya berlebihan.Berlebihan ketika membeli.Berlebihan ketika memasak.Ada sisi negatifnya namun yang lebih menarik perhatian PC adalah sisi positifnya sahaja.

Barangkali membeli berlebihan tidak digalakkan kerana tidak dapat membuat tabungan dan menganggu bajet bulanan.Tidak langsung boleh jadi tabungan juga terpaksa dilibatkan gara-gara mahu membeli berlebihan.Tapi harus dilihat membeli apa yang berlebihan itu.Adakala bulan ini membeli berlebihan dengan tujuan tidak perlu membeli pada bulan seterusnya.Dan PC sendiri ada masanya sesetengan keperluan suka beli lebih supaya tiba masa nak digunakan sudah sedia ada.Jimat masa,jimat tenaga juga.Kalau masih ada,maka bulan seterusnya tidak perlulah dibeli lagi.Ini khas untuk keperluan dapurlah.Kalau barang lain,ikut perlu sahaja.Cukup.

Berlebihan ketika memasak.Ada orang sekali masak sekali makan.Ada orang boleh ulang makan benda yang sama sekali dua.Ada orang masak sikit ngam-ngam sahaja walau ada ramai orang.Ada orang walau orangnya sedikit tidak ramai masaknya berlebihan.Untuk PC ikut mahu dan keperluan tapi jarang PC masak sikit sangat.Mungkin sudah terbiasa tengok mamah masak lebih sedari PC kecil.Biar masak lebih sedikit.Lebih baik lebih daripada tidak cukupkan.Tapi
lebih bukan berlebih-lebih dan berlebihan keterlaluan hingga berlaku pembaziran.Ada rezeki masaklah lebih tapi rezeki itu jangan pula dibazirkan.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. seronok kalau masak cukup2 je semua orang makan. hehe takde lebih2 so senang nak clear kan..

    BalasPadam
  2. Sis macamtu lee, masak biar berlebih janji cukup tapi tengok pada menu, kalau memang kesukaan anak-anak, boleh lebih, kalau untuk memang sekali makan, cukup lee secukupnyaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Sis.Kalau menu yang suka diulang makan masak lebih..kalau tak biasa je.

      Padam
  3. saya pulak jenis masak cukup-cukup ikut kehendak semua..kalo hari tu semua nak makan berulang, masak lebih sikit..sayang kalau tak habis, sangat cepat rasa sedih kalau makanan dibazirkan..itula jadinya masuk peti ais aje untuk dipanaskan lagi dan lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang tak suka ulang makan yang samakan..dan tak suka dipanas-panaskan..ada orang ok je..macam PC ok je..sebab kalau boleh makan,buang membazir.

      Padam
  4. Betul tu...apabila masak cukup2 takut tetiba ada yang berselera nak menambah...janji tak berlebih-lebihan...

    BalasPadam
  5. Sebaiknya rancang masa nak membeli tu kan. Masak pula sebaiknya biar sekadar mencukupi agar tak membazir

    BalasPadam
  6. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama