Menyambung Atau Memutuskan Rantaian Adalah Peranan Kita

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENYAMBUNG ATAU MEMUTUSKAN RANTAIAN ADALAH PERANAN KITA |Masih lagi berada pada situasi mesti sentiasa berjaga-jaga.Walaupun sudah banyak kelonggaran diberi.Ada arahan baru dikeluarkan namun begitu,ini bukan tiket untuk kita terus memuntahkan apa yang sekian lama tertahan dan ditahan.Kerana apa yang ditegaskan sebelum ini semuanya bersebab dan untuk kebaikkan bersama dan semua.Aamiin.

Arahan tegas sebelum ini dikeluarkan untuk memutusakan rantaian wabak atau jangkitan.Itulah usaha kita semua.Paling penting usaha dan doa serta kerjasama.COVID-19 yang menjadi perantara seluruh dunia telah banyak mengorbankan nyawa manusia.Allahu.Seagama tidak seagama.Sebangsa tidak sebangsa.Bila mendengar mangsa yang dijangkiti berhujung dengan kematian,rasa sedih dan pilu itu dirasai.SubhanaAllah.

Hari demi hari dilalui.Hari-hari yang berlalu dihitung.Menjadi satu sejarah dan catatan yang tidak diharapkan berulang dan datang kembali nanti.Harap segera pergi.Melenyap.Hingga ke sini,detik ini sudah banyak kelonggaran sedikit demi sedikit yang diberi.Untuk dinikmati perlahan-lahan bukan rakus seolah semua mahu sekaligus ditelan.Kelonggaran ini dengan izin Tuhan.Barangkali Tuhan mahu kita menyambung rantaian kebaikkan yang sudah beberapa detik dihenti dan ditangguhkan kerana ujian.Kerana menghadapi dugaan. 

Menyambung atau memutuskan rantaian adalah peranan kita cuma kita perlu tahu bila perlu memutuskan dan bila masa sangat sesuai untuk menyambung rantaian tersebut.

S e k i a n

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. KELONGGARAN PKP ADA HAD YG PERLU PATUHI BELAJAR ADAPT DISIPLIN DEMI NYAWA

    BalasPadam
  2. betul tu...jika perlu juga keluar, patuhi segala SOP dan amalkan new normal..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Kadang2 saya rasa tempoh 2 bulan ni belum cukup utk mendisiplinkan rakyat.. Tapi sampai bila nak tunggu lagi.. dah tiba masa kita jaga diri sendiri. nasihat pun dah bepuluh2 kali dah dlm iklan. kesian kat frontliner kite. dorang pun boleh tumbang kalau hari2 makin meningkat kes.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah, pasti ada hikmah. Moga kita boleh adapt dengan 'new normal' sekarang ni

    BalasPadam
  5. Semoga wabak yg melanda ni diangkat Allah dan keadaan kembali biasa. Amin yra.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama