Banyak Kali Jatuh Mesti Lebih Kuat Berdiri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BANYAK KALI JATUH MESTI LEBIH KUAT BERDIRI.Jatuh itu tentu terjadi dalam hidup. Jatuhnya kuat atau perlahan. Jatuhnya dari ketinggian atau cuma dari tempat yang rendah. Terhempas atau ala kadar sahaja. Sakitnya tetap ada dan terasa.Cepat hilang atau bertahan lama rasa sakitnya. 


Iman. Semangat. Matlamat. Niat. Pun boleh jadi banyak kali jatuhnya. Setahap mana cuma diri sendiri yang rasa dan yang tahu cuma DIA juga. Ada pasang surut.Ada Manislah pahitnya juga. 



Seberapa kuat semangat untuk buat suatu yang baik-baik,adakala terbatal juga.Lebih-lebih lagi bila berasa diri di zon yang tidak dilihat orang dan lupa sentiasa diperhatikan Tuhan. Situasi sekarang yang banyak dihabiskan di rumah sahaja, apa sahaja aktiviti termasuklah ibadah,hakikatnya timbul cabaran besar dan mendalam. 



Tidak mustahil tewas untuk melunas ibadah sunnat.Mahu dan mahu dan mahu hujungnya lesu. Bangkitlah dan lawan rasa itu.Bisikkan pada diri mesti lebih kuat berdiri supaya nanti boleh berlari-lari. 



S e k i a n



sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Itu yang sentiasa berdoa minta pada Allah SWT.

      Padam
  2. tengah down jugak sekarang tapi cuba cari positif side & buat aktiviti lain untuk occupy masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa down itu wajar kerana kita manusia biasakan.Tapi kena cepat-cepat bangkit.InshaAllah nanti jadi lebih bersemangat.

      Padam
  3. in shaa allah semoga dipermudahkanNya juga segala ujian yang hadir dalam hidup kita, aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Ya Rabb.InshaAllah kak.Moga kita terus bangkit dan kuat.

      Padam
  4. semoga lebih tabah mengharunginya. Inshaa Allah

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih banyak ya.Salam ukhuwah.

      Padam
  6. kak dulu selalu jatuh tapi kuat berdiri semula sekali jatuh lagi dah xlarat nak berdiri...sedihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.Tapi semangat kak PI selalu kuat.MasyaAllah.

      Padam
  7. Kadang time kita kuat, tapi minda tak kuat untuk terus kuat...ada masa minda kita kuat...tapi badan seolah dah give-up untuk terus kuat... jalannya...kalau rasa nak 'jatuh', kena sentiasa kuat dalam apa juga ujian dan dugaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak dapat yang seiring tu susah juga sebenarnya kan Sis.Moga Allah sentiasaberi bantuan kepada kita.Aamiin.

      Padam
Terbaru Lebih lama