Berjaga-jaga Ketika Memberi Kejujuran

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERJAGA-JAGA KETIKA MEMBERI KEJUJURAN.Besikap jujur itu bagus.Disenangi ramai orang.Mudah juga didekati orang.Ada orang mudah jujur.Ada orang menyembunyikan kejujurannya.Ada orang senang dengan kejujuran dan ada juga yang sangat benci pada kejujuran.Untuk lakukan kejujuran menjadi ringan pada sesetengah orang dan menjadi sangat beban bagi sesetengah orang yang lainnya.Ya,begitulah kehidupan.

[ke.ju.ju.ran] | Ú©Ø¬ÙˆØ¬ÙˆØ±Ù†


Definisi : sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati


Jika dengan kejujuran menambahbaik keadaan maka jujurlah.Jika dengan kejujuran itu membuat keadaan yang awalnya baik setelah jujur berlaku sebaliknya maka tidak perlulah.Tidak jujur bukan bererti berbohong.Kecuali memang sentiasa memilih untuk berbohong sama ada bersebab atau tanpa sebab.

Setiap orang ada alasan tersendiri mahu memberi kejujuran atau tidak memberi kejujuran.Pasti ada sebab dan yang mana satu menjadi pilihan itu cuma diri dengiri dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.Setiap satu yang diambil sebagai pilihan juga ada niat disebaliknya.Bersikap jujur itu bagus.Tidak dinafikan namun begitu dalam memberi dan menyampaikan kejujuran itu mesti sentiasa berjaga-jaga juga.

Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan sesama manusia.Namun begitu sediakan sedikit ruang pada diri kita untuk berasa curiga pada sesiapa sahaja sebagai persediaan dan tidak terlalu percaya atau selesa tetapi janganlah keterlaluan.Supaya bila terkena sakitnya tidak keterlaluan parahnya.Anggap sebagai langkah berjaga-jaga juga sebenarnya ya.Segala kemungkinan boleh berlaku sedetik waktu.

related image

Kejujuran boleh sahaja memberi impak baik dan boleh jadi juga sebaliknya.Memberi impak kurang baik juga.Pada diri sendiri dan orang lain.Setiap apa yang dikongsi andai diambil daripada sudut baik maka baiklah jadinya.Kebaikkan itu menyebar kepada orang lain dan kembali juga kepada kita.Tetapi kalau diambil dan dimanipulasi oleh manusia yang kelabu hatinya boleh huru-hara juga alam semesta.Kejujuran kita boleh sahaja membuka banyak ruang kepada orang lain terutamanya orang yang suka ambil kesempatan atas keujuran kita dan orang lain.Berhati-hati juga dengan kejujuran jangan sampai ianya menyusahkan,menyakiti dan membebani orang lain dalam waktu yang sama.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sangat...lagi satu nak jujur pun tengok tempat, ada masa kena juga 'tipu sunat' hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe.Sebab tak semua orang suka kejujuran kita silap-silap di manipulasi kejujuran kita.

      Padam
  2. Teringat ada baca di Twitter tadi, pelajar jadi kurang ajar dengan pensyarah sebab menggunakan konteks jujur kononnya. Jujur sangat meluahkan rasa di hati sampai hilang hormat pada pensyarahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jujur perlu tetap jaga adab dan akhlak.Tetap perlu santuni orang lain juga bukan ikut suka dan ikut semahunya kan.

      Padam
Terbaru Lebih lama