BLOG MENJADI SALAH SATU SUMBER REZEKI | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Setiap orang telah Allah SWT tetapkan rezekinya masing-masing. Memang sudah ada sedari alam kandungan ibunya lagi. Asasnya. Tapaknya. Janjinya itu sudah ada dan sudah tertulis. Lebih rezeki yang diingini usahakan lebih. Usahakan sahaja nanti laluannya Allah SWT permudahkan. Kuncinya adalah USAHA, DOA DAN TAWAKKAL. InshaAllah nanti semua Allah SWT permudahkan. Lancar. Aamiin. Semangat.
Ada banyak pintu-pintu rezeki. Ada banyak laluan atau jalan dan cara yang sebenarnya ada cuma mungkin kita tidak sedar. Banyak sangat. Blog menjadi salah satu sumber rezeki. Sangat ramai daripada kita yang memilih untuk terus berkarya dan berkongsi diblog-blog untuk menjana pendapatan sepenuhnya atau cuma sekadar sampingan sahaja. Blog boleh menjadi perantara yang baik kalau dipelajari dan difahami dengan mendalam.
Bukan dua dalam satu tapi banyak dalam satu. Mengenali ramai sahabat blogger yang mahir dalam bidang masing-masing, dapat banyak ilmu dan info yang bermanfaat, bila sertai segmen atau giveaway boleh dapat bermacam hadiah daripada sahabat-sahabat blogger, bertukar-tukar link masing-masing dan dalam masa yang sama walau mungkin tidak banyak tetap sahaja boleh menjana pendapatan. Cepat atau lambat sahaja. Mahu atau tidak sahaja juga.
Blogger boleh sahaja menyediakan tapak iklan diblognya untuk sesiapa sahaja yang berminat mempromosikan produk dan sebagainya. Bayaran daripada sewaan tapak iklan itu juga menjadi sumber pendapatankan. Meletakkan iklan-iklan daripada Google Adsense juga menjadi sumber pendapatan luar jangka andai tahu taktiknya. Menagambil tempahan mengedit template, membuat header dan watermark untuk blogger ini juga mendatangkan rezeki untuk seorang blogger. Itu belum lagi blogger mempromosikan apa sahaja jenis perniagaannya. Tidak kurang yang mengambil tugasan berbayar untuk review pelbagai produk kecantikan, makanan atau menu, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Nampak dan sedar tak, blog kalau betul dan serius dikendali dan dibangun memberi manfaat yang sangat indah. In sya Allah.
Pantang menjadi seorang blogger adalah jangan.
Jangan sombong
Jangan kedekut ilmu
Jangan cepat berpuas hati
Jangan malu bertanya dan terus belajar
Jangan mencuri hasil kerja keras orang lain
Selalu didik lisan, hati dan perbuatan agar terus bersyukur.
Blog menjadi salah satu sumber rezeki kepada seorang blogger. Jangan pernah lupa follower dan pageview yang bertambah setiap hari itu juga rezeki ya.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Blog Menjadi Salah Satu Sumber Rezeki
Tags:
Santai
Wak ngeblog suka2 aje
BalasPadamBelum terlintas untuk menjana pendapatan sampingan
Lagi pun blog picisan aje
Blog warisan petani banyak ilmu dikongsi, bukan blog picisan tau Wak, hihi.
PadamBlog mengeratkan ukhwah sesama kita juga
BalasPadamseronok tengok rakan2 blogger yang blh jana pendapatan daripada blog.. tahniah, moga melalui penulisan yang bermanfaat untuk orang ramai..
BalasPadamHa paling best dpt kwn baru.. Untung2 bole gather2 bkn saja di alam maya tp di luar jgk kan kan...
BalasPadamsetuju dgn akak.. best sbenarnya jd blogger.. tp jgn sesekali kedekut ilmu. sharing itu lebih baik.. blog mmg side income busyra.. smoga kita smua ada rezeki dlm dunia blogging.
BalasPadamDapat berkenalan dengan rakan-rakan baru, eratkan ukhuwah melalui blog tu antara rezeki yang indah dan bermakna.
BalasPadamALHAMDULILLAH TAHNIAH PC MURAH REZKI TIASA
BalasPadamAlhamdulillah..dengan berblog juga boleh jadi salah satu sumber rezeki. Macam macam rezeki dapat dari berblog ni. Manfaat sebaiknya.
BalasPadamTahniah moga sntiasa dimurahkan rezeki, boleh juga belajar berniaga dengan beli barang dari china
BalasPadamSetuju tu PC kalau serius berblog boleh jadikan sumber pendapatan walaupun sampingan sahaja.
BalasPadamBetul tu
BalasPadamJangan sombong