Jangan Tunggu Syawal Baru Bermaafan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN TUNGGU SYAWAL BARU BERMAAFAN |Sekarang buat salah dulu,nanti raya baru minta maaf.Buat salah puas-puas jumpa raya minta maaflah.Belum tentu nanti raya ada untuk kita.Belum tentu juga raya jumpa lagi.Kerana ajal tidak bersyarat,bukan kerana sakit,bukan kerana usia dan bukan kerana siapa kita.Asal Allah mahu ambil kita semula,maka diarahkan Malaikat Izrail memisahkan nyawa dari jasad kita sebagaimana sepatut dan selayaknya.

related image
Jangan Tunggu Syawal Baru Bermaafan | Google image

Manusia sentiasa buat silap.Bererti perlu sentiasa minta maaf sesama insan dan mohon keampuana kepada Allah SWT juga.Ada yang berat untuk meminta maaf,barangkali tidak biasa maka menjadi kekok atau segan.Ada yang sangat mudah mengucapkan kata-kata permohonan maaf bukan kerana dia begitu yakin dia buat salah tapi dia berasakan lebih baik rasa melakukan kesalahan daripada ego tidak mengakui kesilapan.

Jangan tunggu Syawal baru bermaafan.Kalau boleh janganlah begitu,bila rasa ada buat silap cepat-cepatlah minta maaf.InshaAllah kita akan rasa sendiri diri kita ini buat silap atau tidak.Menyakiti orang dan makhluk lain atau tidak.Naluri rasa bersalah itu semulajdi,kalau cuba dinafikan pun mungkin dimulut boleh menfikan tapi tidak dihati yang paling dalam.Rasa bersalah itu akan sentiasa dirasai dan menghantui diri sampai bila-bila.

Sekali lagi,kita tidak tahu bila ajal kita.Kita tidak tahu juga bila ajal orang lain.Boleh jadi kita yang pergi dahulu.Boleh jadi orang lain yang meninggalkan kita terlebih dahulu juga.Jangan ambil mudah dengan status perhubungan,adik-beradik ke,sahabat ke,bila ada buat silap maka bermaafanlah seikhlas hati bukan dengan mudah menganggap orang lain memaafkan kita.Semua orang ada perasaan.Semua orang ada anggapan masing-masing ya.Mohon ambil tahu akan hal ini.Bila perkara itu suatu yang menyakitkan,ianya tetap dirasakan sakit tidak kira dilontarkan kepada sesiapa pun.Kalau perkara itu gembira dan membahagiakan,ianya juga tetap menggembirakan dan menyenangkan orang lain tidak kira siapa pun juga.

Jangan tunggu Syawal baru bermaafan.

Sekian

Semua akan menjadi indah pada waktunya 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saya salah seorang dalam kategori lebih suka meminta maaf terlebih dahulu sebab tak suka mengeruhkan keadaan...

    BalasPadam
  2. Peringatan untuk kita semua..Terima kasih.sebelum tidur saya sering memaafkan semua orang

    BalasPadam
  3. betul tu PC usia kita kian rapuh :(

    BalasPadam
  4. Betul tu.. mana tau, esok lusa kita sudah tiada. Terima kasih atas peringatan ini PC. Moga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama