Keletihan Memberi Kesan Kepada Blogger

KELETIHAN MEMBERI KESAN KEPADA BLOGGER | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Letih masih boleh diterima dan masih boleh bawa bincang lagi. Namun jangan sampai dan jangan biarkan diri terlalu keletihan kerana besar kesannya bila tubuh kita terlalu keletihan. Awalnya letih,bila letih yang sedikit di bawa santai dan tidak dilayan, seterusnya terjadilah masalah keletihan.Banyak faktor menyebabkan keletihan. Banyak pergerakkan, membuat kerja yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak juga menyebabkan keletihan. Faktor gangguan kesihatan pun boleh jadi juga.Cuaca panas terik. Ada masanya, tidak banyak pergerakkan,tidak guna guna banyak tenaga, tetapi banyak menggunakan emosi dan fikiran pun boleh keletihan.

Bertenga sepanjang hari. Setiap hari sangat diingini setiap orang. Ianya macam satu bouslah bila tiada rasa keletihan namun begitu walau ada orang tidak berasa keletihan walau sibuk sepanjang hari mahu tidak mahu segelintir kita sangat mudah berasa keletihan. Daya tahantubuh setiap orang itu tidak sama. Jangan banding-bandingkan dan sinis. Kita tidak rasa apa yang dia rasa dan begitulag sebaliknya. Sesiapa pun ada tuntutan tugasan masing-masing. Baik itu tugasan hakiki atau sekadar sampingan sahaja. Lunas harus tetap perlu dilunaskan dengan sebaiknya. Justerus keletihan itu bukan suatu yang asing.

Adakala menjadi seorang blogger itu memberi dampak keletihan. Lebih-lebih lagi bila banyak menggunakan fikiran dan mainan perasaan. Merangka dan mrmbina sebuah konten itu macam kita mahu mendapatkan secawan santan pekat daripada sebiji kelapa yang masih melekat pada tandannya. Banyak proseskan. Pilih kelapa yang betul-betul cukup tua.Petik kelapa. Buang sabutnya.Parut isi kelapanya. Selesai parut perah pula hinggalah mendapat santan pekat yang cantik dan mencukupi. Bila dimasak mesti dijaga supaya santahnya tidak pecah menjadi minyak maklumlah mahu dihidangkan kepada tetamu, kalau untuk santapan sendiri pun kualiti tetap perlu dijaga. Begitulah ibaratnya seorang blogger mahu mengolah dan menghasilkan satu konten untuk dikongsikan kepada umum.

Keletihan menyumbang gangguan perasaan dan fikiran. Bila letih semangat seperti melayang-layang. Lebihnya kepada mengantuk dan mahu bermalas-malasan. Ini satu tindakkan yang bukan dibuat-buat atau disengajakan ya, hakikat dan fakta. Idea menjadi tumpul.Fokus menjadi kabur. Semangat menjadi hambar. Tidak hairanlah keletihan memberi kesan kepada blogger juga sebenarnya. Itu yang sangat perlu diusahakan agar keletihan perlu diminimumkan.

related image
Keletihan Memberi Kesan Kepada Blogger

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Keletihan Memberi Kesan Kepada Blogger 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju, bila dah letih satu idea pun tak muncul.

    BalasPadam
  2. Banyak orang tak tau ni...

    Orang ingat berblog ni hanya celoteh je...

    BalasPadam
  3. Setuju sangat PC.. Kak Sue sekarang pun macam perlahakan sikit aktiviti kat media social dan blog.. letih pikiran kadang tu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama