بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
PANAS TERIK KEMBALI |Cuaca mempengaruhi banyak aktiviti atau kegiatan.Sangat-sangat mempengaruhi sebenarnya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.Undur ke belakang iaitu di bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu.Berbanding tahun-tahun sebelum ini,Ranadhan tahun ini kita lebih banyak menikmati rasa sejuk kerana hujan kerap turun.Syukur,kerana itulah nikmat.Allah SWT mahu memberi kita lebih rasa ketenangan dalam situasi yang tegang dan mencabar.
Sekarang setelah melangkah ke bulan Syawal,panas terik mula kembali.Kadangkala tidak terlalu terang cahaya mataharinya tetapi bahangnya luar biasa.Kalau lihat pokok-pokok pun mula menguning maka harus lebih dan sentiasa disiram mengikut rutin sewajarnya.Bersyukurnya adalah bila dalam keadaan sekarang aktiviti di luar rumah sangat tidak digalakkan dan tidak dibenarkan makan untuk mengawal penggunaan tenaga sedikit mudah,namun begitu bila cuaca panas terik mahu tidak mahu,tubuh sangat mudah berpeluh,tekak terasa cepat dahaga dan keletihan juga.
Bila panas terik,persekitaran mudah berdebu kerana kekeringan.Justeru itu batuk sangat mudah berlaku,begitu juga selesema.Maka setiap daripada kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan makanan dan minuman yang diambil juga setiap hari.Panas terik mungkin meresahkan kita jika berlarutan,namun ada juga yang sememangnya memerlukan cahaya yang secukupnya untuk kelangsungan hidup seperti tumbuh-tumbuhan,pokok buah-buahan terutamanya.Apa pun itu kita syukuri sahaja.
Sekian
RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI
Tags:
Santai
Kena banyak minum air kosong
BalasPadamBetul sangat
Padamcuaca tiasa berubah kan
BalasPadamBetul Kak PI
PadamTempat Sis dah berhari-hari hujan, semalam paling lebat, sampai semua tempat jem dan naik air..tu pelik, kata kaji cuaca akan dtg musim panas, tapi kat sini hujan manjang dah ni...
BalasPadamKawasan PC panas lagi banyak daripada hjan Sis.
Padamdi kelate ni panas waktu pagi. selepas asar tu hujan mula turun.
BalasPadamPanas dan sejuk berganti-ganti ya Cikgu.
PadamCuaca x menentu skrg ni..kejap hujang kejap panas...
BalasPadamtake care...
Betul tu.
PadamAssalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya
BalasPadamWaalaikumusalam.Alhamdulillah PC dah follor blog Riyan.
Padamkat pulai ni banyak hari hujan aje petang2...
BalasPadamAlhamdulillah.Sejuk.
PadamCuaca panas klu slalu keluar mmg cepat letih, cuma setakat ni masih kurang lagi nak keluar jika tak betul2 perlu
BalasPadamBetul.Badan jadi lesu.
Padam