Peringatan Dan Pengajaran Sudah Ada Sekian Lama

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PERINGATAN DAN PENGAJARAN SUDAH ADA SEKIAN LAMA.Barangkali ada yang marah atau bertindak keras bila dinasihati orang lain.Tidak terima teguran dan berasakan sentiasa sahaja berada dalam keadaan benar.Adalah sangat bahaya bila manusia itu sentiasa berasa benar.Sangat-sangat berbahaya.Lebih bahaya bila asyik menudiang setiap kesalahan berpunca daripada orang lain pula.Allahu.

RELATED IMAGE

Wahyu yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sia-sia dan tidak sembarangan pun sebenarnya.Semuanya daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibrail disampaikan kepada Baginda.Unruk disampaikan dan disebarkan kepada seluruh umat.Yang percaya,yang yakin selamatlah.

Kalau hari ini kita brkeras untuk menerima sebarang nasihat atau teguran akan satu hal kebenaran yang berbentuk fakta atua hukum,tidak mengapalah mungkin kita masih mengambil kita siapa yang sedang berbicara,mungkin juga kita berasa dia itu tidak layak untuk menasihati.Tetapi tidak ada salahnya rujuk dan terus mendalami Al Quran yang isinya sangat lengkap dan mewah dengan peringatan juga pengajaran.Bukankah percaya pada kitab (Al-Quran) itu rukun iman.Justeru bila ada yang meragui Al Quran,maka berhati-hatilah.

Semuanya sudah sekian lama ada untuk dijadikan pegangan dan panduan.Aga Islam itu memudahkan dan sangat indah mentarbiah.Tapi jangan direndah-rendahkan mengikut mahunya sesiapa sahaja.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kita mesti menjadikan Al-Quran dan Hadis sbg panduan hidup. Jika buat begini pasti hidup akan aman damai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.InshaAllah.Betul tu Cikgu AK.Jangan jadikan Al Quran dan hadis cuma untuk melepaskan diri sahaja dalam sesetengah hal.

      Padam
  2. semoga kita sentiasa jadi hamba yang patuh pada perintahNya. Aminnn

    BalasPadam
  3. Bukan mudah nak menasihati dan menegur orang lain, lebih2 lagi bab ajaran agama.
    Nabi Mohammad pun mendapat tentangan apatah lagi kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Wak.Kadang yang tahu dan lebih mendalami agama pun tidak terima bila diberi nasihat atau teguran.

      Padam
  4. BERDAKWAH MENGIKUT KEUPAYAAN DIRI MISALNYA MENULIS BLOG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI,sedikit,santai moga-moga sampai.

      Padam
  5. Untuk menerima teguran, yang penting, ego kena rendahkan :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama