Pilihlah Mana Terbaik

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PILIHLAH MANA TERBAIK

Serikandi penyeri bangsa
Kisahnya diingat sering dipetik
Daripada terus menabung dosa
Pilihlah diam itu lebih baik

Bersemangat angkat kelapa setandan
Harum manis kelapa pandan
Perkara baik jadikan tauladan
Hal buruk segera disingkirkan

related image
KREDIT

Hati-hati meniti di jambatan
Jambatan dari kayu hutan
Berjamaah atau bersendirian
Mantapkan hati kerana Tuhan

Itu salah ini salah
Serba serbi jadi tidak kena
Tidak rugi undur kerana mengalah
Merendah hati itu juara

Cakap salah tidak cakap salah
Hati merasa serba salah
Jangan takut mahu berubah
Bantuan Tuhan nanti mendekat melimpah

Tidak rugi bertingkah sopan
Ramai kawan bertambah kenalan
Diketika mahu membuat pilihan
Minta Tuhan tolong tunjukkan

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tutur kata indah yg terselit nasihat.. pilihlah jalan terbaik asalkan kita dpt terus mendekatkan diri kepadaNya. Moga setiap yg kita lakukan dpt memberatkan lagi timbangan amal kita di akhirat kelak, in shaa Allah. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam
  2. Betul PC, pilih yang terbaik bukan kita memilih, tapi kita buat pilihan yang terbaik untuk kita...

    BalasPadam
  3. Betul, akhirnya semua berakhir pada tuhan...

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. kita hamba-Nya dan Dia menciptakan kita

    BalasPadam
  5. kena berhati-hati dalam membuat pilihan =)

    BalasPadam
  6. Sesekali beralah dan say 'no' tak ada salahnya :)

    BalasPadam
  7. Hidup ini perjalanan daripada Allah dan kembali kepada Allah..

    BalasPadam
  8. buat pilihan terbaik demi kehidupan dunia menuju akhirat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama