Pukul Anak Sindir Menantu Masih Berkesankah

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU MASIH BERKESANKAH | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ringkasnya peribahasa ini adalah bersungguh-sungguh mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu sebenarnya ditujukan kepada orang lain. Sebenarnya masih ramai yang menggunakan cara ini untuk menegur atau cuba menyedarkan orang yang dituju. Cuma mungkin cara dan gaya bahasanya sahaja yang berbeza. Ada yang jelas.Ada yang dibawa dalam gurauan. Kalau dulu mungkin kaedah ini banyak digunakan oleh para ibu mertua yang mahu menegur kesilapan anak menantunya. Tapi sekarang, kawan dengan kawan mahu sindir kawannya pun guna peribahasa ini. Halus tapi berbisa dan tajam tikamannya.

Sudah berada ditahun 2021. Cara pukul anak sindir menantu masih berkesankah. Atau sudah tidak memberi apa-apa impak pada individu siapa pun itu. Kalis pendengaran. Kebal sindiran. Keras hati. Tumpul kesedaran. Cara menyampaikan atau menegur dan menasihati beralas begini ada dua sisi. Ada sisi negatifnya dan ada sisi positifnya juga.

Sisi negatifnya

Dua pihak merasai kesakitannya. Orang yang bercakap akan berasa sakit hati bila mana individu yang dituju buat tidak tahu sahaja. Bahasa mudahnya langsung tidak terkesan. Dia buat bodoh dan buat-buat pekakkan telinga sentiasa. Kalau pun yang dituju faham dan cakna sudah tentu sangat berasa terpukul yang teramat sangat. Hujungnya matlamat tidak sampai dengan tepat. Masalah atau kesilapan akan terus berulang atau diulang-ulang. Silap-silap menimbulkan masalah baharu yang lain pula. Orang lain tertanya-tanya, membuat andaian, timbul fitnah dan boleh jadi yang disasarkan si A yang terasa si B.

Pukul Anak Sindir Menantu Masih Berkesankah

Sisi positifnya

Kelegaan walaupun prosesnya agak lama dan panjang. Ada orang cakap sekali terus faham. Tidak kurang cakap berkali-kali tidak faham-faham. Ada masanya tidak mengapa cuba mengegur atau menasihati dengan cara halus namun menyerang dalaman kerana itu tetap sahaja boleh menjaga perhubungan, kerana tidak semua orang boleh terima teguran secara terus dan drastik. Barangkali bila sentiasa berulang kali bercakap,biarpun dengan orang lain dalam masa sama dituju untuk orang lain, mudah-mudahan ianya menjentik hati hati yang dituju. PC yakin, lama-lama teguran itu sampai pada sasaran atau fokusnya. Tidak mustahil juga ianya menjadi serampang dua mata. Mahu tegur C, tapi D dan E juga berasa bersalah lakukan perkara yang seakan sama, maka masing-masing boleh mula berubahkan. Siapa tahu.

Berterus terang itu sukar dan berat. Sebenarnya lebih berat dan sakit orang yang terpaksa mendengar kebenaran dan teguran. Walau hakikatnya kita sedar kita ada lakukan kesalahan atau kesilapan kecil dan minimum sahaja. Namun demi bersama-sama meraih kebaikkan, telan dahulu sepahit-pahitnya moga menjadi ubat dan merawat dan menyembuhkan. InshaAllah. Aamiin. Allahu.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pukul Anak Sindir Menantu Masih Berkesankah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tak perlu sindir2 sebenarnya kan kalau anakberanak he hee
    maybe org dulu2 kot tu ada peribahasa camni
    skrg rasanya tak lagi

    BalasPadam
  2. lebih senang berterus terang. tapi masih berlapik dan tidak aibkan orang tu. Cida pun suka ditegur berdepan. tapi janganlah terjerit sana sini. kesian orang tu.

    BalasPadam
  3. Kak Sue lebih suka berterus terang.. tapi biar lah kena dengan caranya kan..

    BalasPadam
  4. lebih baik berterus terang dlm meyampaikan sesuatu

    BalasPadam
  5. tak baik kan..sindir tu..kita amalkan yang baik..inshaallah hati tenang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama